Harian Metro

Empat pelan perlindung­an barangan pelanggan Poslaju

-

Melaka: Pelanggan perkhidmat­an kurier Poslaju kini boleh memilih untuk menginsura­nkan barangan masing-masing menerusi skim perlindung­an Pos Laju Shield yang disediakan Zurich Takaful Malaysia Berhad.

Presiden Insuran Am Zurich Malaysia David Fike berkata, pelanggan yang menginsura­nskan barangan masing-masing boleh membuat tuntutan jika berlaku kerosakan atau kehilangan ketika proses penghantar­an dilakukan Poslaju.

“Proses membuat tuntutan boleh dilakukan di semua cawangan Poslaju seluruh negara kerana kami komited membantu mempercepa­tkan dan memudahkan lagi urusan ini,” katanya selepas pelancaran Pelan Baru Pos Laju Shield di Poslaju Alor Gajah di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Ketua Pengurus Pemasaran Zurich Insurance Berhad Junior Cho.

Mohd Shukrie berkata, menerusi skim itu setiap barangan dihantar menggunaka­n Poslaju dilindungi sehingga RM4,000 dengan harga insurans ditawarkan sah selama setahun daripada tarikh pembelian.

“Pos Laju Shield mempunyai empat pakej khusus yang sesuai untuk individu atau pemilik perniagaan. Shield 1 bernilai RM8.48 yang sesuai untuk penghantar­an barang dalam jumlah kecil.

“Shield 2 khusus untuk pemilik perniagaan bermula daripada harga RM74.20 untuk 100 bungkusan, Shield 3 berharga RM206.70 untuk 300 bungkusan manakala Shield 4 berharga RM318 untuk 500 bungkusan,” katanya.

Mohd Shukrie berkata,pihaknya menguruska­n lebih 80 juta bungkusan dengan nilai jualan RM700 juta tahun lalu.

 ??  ?? MOHD Shukrie (dua dari kiri) dan Fike (dua dari kanan) ketika melancarka­n Pos Laju Shield, semalam.
MOHD Shukrie (dua dari kiri) dan Fike (dua dari kanan) ketika melancarka­n Pos Laju Shield, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia