Harian Metro

GAGAL JADI ‘HERO’

- Agensi

 Remaja cuba tiru aksi filem Tamil panjat belalai gajah pengsan dilambung haiwan berang

Malang bagi seorang remaja lelaki apabila cubaannya meniru aksi hero filem Tamil tidak menjadi selepas tidak sedarkan diri akibat terpelanti­ng selepas ‘dicampak’ oleh seekor gajah.

Haiwan terbabit berang dengan perbuatan remaja itu yang cuba memanjat badannya menerusi belalai, seperti yang ditonton dalam satu babak filem Tamil bertajuk Baahubali.

Aksi remaja itu dirakam oleh rakannya melalui Facebook Live, namum belum sempat dia memanjat badan gajah terbabit, mangsa dihayun belalai haiwan itu hingga tercampak

dan menyebabka­nnya tergolek pengsan.

Seorang penduduk berkata, gajah terbabit nyata ‘tidak berminat’ dengan tindakan remaja lelaki itu apabila dicampak seperti bola ke udara.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya yang merakam saat itu menggunaka­n kamera telefon bimbit.

“Sekumpulan remaja itu sedang bercuti. Mereka melihat ada seekor gajah di situ dan menyangka ada peluang untuk melakonkan semula aksi gila itu.

“Mereka membeli buah dari kedai berhampira­n dan cuba menjinakka­n gajah itu. Haiwan itu hanya menikmati buah yang diberi termasuk pisang segar,” katanya.

Penduduk menjelaska­n, remaja terbabit menyangka taktik mereka berjaya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ketika dia cuba memanjat melalui belalai gajah itu, haiwan terbabit marah dan mencampakn­ya ke udara. “Dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAN remaja itu merakam detik dia cuba memanjat belalai gajah sebelum dicampak haiwan berkenaan. - Agensi
RAKAN remaja itu merakam detik dia cuba memanjat belalai gajah sebelum dicampak haiwan berkenaan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia