Harian Metro

70 logam dalam kaki

-

Uttar Pradesh (India): Seorang balu berusia 35 tahun yang menanggung kesakitan sejak lima tahun lalu ditemui dengan lebih 70 objek logam seperti jarum, paku serta jarum suntikan di dalam kakinya.

Menurut Anusiya, dia tidak dapat mengesan bagaimana perkara itu boleh berlaku, tetapi mengalami ketumbuhan pada kaki yang akhirnya pecah dan kemudian mengeluark­an cecair sama ada bersama jarum atau paku.

“Saya sukar berjalan, berdiri mahupun duduk. Tiada doktor yang mahu membantu kerana mengandaik­an saya memasukkan sendiri jarum itu,” katanya.

Abangnya, Awadhesh Kumar berkata, doktor tidak memahami keadaan itu dan tidak mempercaya­i dakwaan adiknya.

“Keadaan ini sudah berlarutan lima tahun dan dia mengalami kesakitan setiap hari. Saya tertekan melihatnya.

“Ada tiga jenis objek logam keluar dari kakinya seperti paku, jarum dan jarum suntikan yang biasa digunakan di hospital,” katanya.

Anusiya dimasukkan ke hospital kerajaan di Fatehpur pada 25 Oktober lalu yang membawa kepada penemuan mengejutka­n apabila ada lebih 70 jarum di dalam kaki.

Pakar yang merawatnya, Dr Naresh Vishal berkata: “Imbasan x-ray di seluruh badannya menemui 70 objek logam pelbagai jenis di kakinya iaitu di bahagian bawah lutut. Kami tidak menemui objek itu di bahagian badannya yang lain.

“Secara perubatann­ya, tidak mustahil untuk jarum ini tumbuh dalam badan manusia, namun kita tidak boleh mengesahka­n bagaimana ia masuk ke dalam badannya.

“Kami syaki pesakit melakukann­ya sendiri. Ia perlu dipastikan sama ada pesakit mempunyai masalah mental dan memasukkan jarum itu sendiri. Saya tidak pernah melihat kes seumpama ini sepanjang kerjaya perubatan.” - Agensi

 ??  ?? ANUSIYA X-RAY menunjukka­n objek logam
dalam kakinya. - Agensi
ANUSIYA X-RAY menunjukka­n objek logam dalam kakinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia