Harian Metro

Sami didakwa atas tuduhan hasut kekacauan

-

Yangon: Seorang sami pelampau berhaluan kanan terkenal didakwa atas tuduhan menghasut kekacauan ketika bantahan anti-Rohingya yang diadakan di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Parmaukkha ditahan minggu lalu, satu tindakan yang jarang dilakukan terhadap sami pelampau yang mencetuska­n kebencian terhadap golongan teraniaya, Muslim Rohingya - etnik yang menjadi sasaran penganiaya­an tentera di Rakhine.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan pakaian awam, didakwa kerana peranannya dalam bantahan pada April 2016 di luar Kedutaan AS yang mengecam penggunaan istilah ‘Rohingya’ oleh kerajaan Amerika.

Gelaran untuk golongan minoriti itu ditolak kebanyakan penduduk beragama Buddha dan pegawai kerajaan Myanmar, yang menafikan kewujudan etnik Rohignya sebaliknya mendakwa bahawa mereka sekadar pendatang haram ‘Bengali.’

Parmaukkha disambut puluhan penyokong di luar mahkamah Yangon, dan hakim menetapkan tarikh perbicaraa­n seterusnya pada 21 November ini.

“Saya hanya melindungi kedaulatan negara,” katanya sebelum memasuki bilik perbicaraa­n.

Sementara itu, kelmarin, tentera Myanmar berkata, siasatan dalaman dijalankan mereka menunjukka­n tiada sebarang kekejaman dilakukan.

Penemuan itu didedahkan menjelang kunjungan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson ke negara Asia Tenggara, apabila dia dijangka mengambil pendirian tegas terhadap jeneral tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia