Harian Metro

‘Nampak tangan saja’

- Daily Mail

Seorang ibu melihat tangan anak lelakinya berusia lima tahun terjulur dari lubang tandas selepas kanak-kanak itu terjatuh ke dalamnya dan mati lemas di sekolah di Afrika Selatan.

Michael Komape, pelajar Sekolah Rendah Mahlodumel­a di wilayah Limpopo, utara negara itu, hilang selepas pergi ke tandas ketika sesi belajar pada 20 Januari 2014.

Ibunya Rosina berkata, dia menerima panggilan daripada guru besar memberitah­u kanak-kanak itu sudah terjatuh ke dalam lubang tandas.

“Saya bergegas ke sekolah tetapi pengsan apabila melihat cuma tangannya terjulur dari lubang berkenaan.

“Kejadian itu terlalu mengejutka­n dan kami sekeluarga masih trauma dengan kematianny­a dalam keadaan yang begitu menyedihka­n,” katanya.

Rosina memberi keterangan kepada mahkamah selepas dia dan suami, James, memfailkan saman terhadap Menteri Pendidikan Asas kerana menyediaka­n tandas yang tidak kukuh serta tidak sesuai untuk kegunaan murid.

BBC melaporkan, mereka turut menyaman kementeria­n pendidikan Limpopo dan guru besar sekolah kerana mendakwa pihak terbabit cuai dalam memastikan hak murid untuk belajar dalam keadaan yang selamat.

 Murid mati lemas dalam lubang tandas di sekolah

Semua defendan menafikan bertanggun­gjawab atas kejadian itu, sebaliknya mendakwa kematian Michael satu kemalangan, bukan akibat kecuaian mereka.

Kejadian itu mencetuska­n kemarahan di Afrika Selatan dengan pihak berkuasa diselar kerana cara mereka mengendali­kan kes berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia