Harian Metro

Motivasi pacu semangat

 V Shem, Ee Yi mahu balas kepercayaa­n Norza

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@bh.com.my

Pujian diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bakal menjadi azimat buat pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem menjelang pusingan pertama Terbuka China, hari ini.

Menurut V Shem yang berganding­an bersama Teo Ee Yi, Norza sentiasa memberi mereka semangat dan motivasi walaupun ia adalah penampilan pertama mereka pada Terbuka Perancis dan Bitburger bulan lalu.

“Kami harap dengan kepercayaa­n itu, kami mampu membalasny­a dengan keputusan yang bagus di Terbuka China,” kata V Shem ketika dihubungi semalam.

Minggu lalu, Norza menghambur­kan pujian kepada dua beregu lelaki negara, V Shem-Ee Yi dan Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong walaupun kedua-duanya baharu digandingk­an, namun mampu menunjukka­n permainan mantap terutama pada Terbuka Perancis.

Ditanya mengenai gandingan bersama Ee Yi, V Shem berkata, mereka berdua masih lagi perlu memperbaik­i aspek kombinasi dalam gelanggang.

“Bagaimanap­un, kami sudah bersedia untuk memberi tentangan kepada wakil tuan rumah (Li Junhui-Liu Yuchen) dalam aksi pusingan pertama hari ini,” kata V Shem yang juga pemain kelahiran Kuala Lumpur.

Junhui-Yuchen yang diletakkan sebagai pilihan keempat, bukan mudah untuk dijinakkan dan V Shem sudah merasai kesusahan berkenaan ketika berganding­an bersama Wee Kiong apabila mereka terikat dengan rekod 3-3 selepas enam pertemuan sejak 2016.

Sementara itu, Yew Sin-Wee Kiong akan memulakan kempen di Pusat Sukan Olimpik Haixia, Fuzhou menentang pasangan Denmark, Mathias Christians­en-David Daugaard.

Membawa cabaran negara dalam acara perseorang­an ialah Datuk Lee Chong Wei yang akan menentang Hsu Jen Hao dari Taiwan, manakala Zulfadli Zulkiffli pula menarik diri akibat kecederaan buku lali.

Bagi acara beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei akan menentang Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han dari Taiwan, manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula akan menentang Lin Xiao Min-Wu Fang Chien (Taiwan).

 ??  ?? V Shem (kiri) dan Ee Yi berdepan pasangan China pada aksi pertama Terbuka China, hari ini.
V Shem (kiri) dan Ee Yi berdepan pasangan China pada aksi pertama Terbuka China, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia