Harian Metro

‘Selamat bertugas’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Muhamad Amin Rahim akan memulakan tugas selaku penolong ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara pada sesi latihan pertama 28 November ini selepas berakhirny­a kempen Piala Asia dan Piala Razak.

Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Stephen Van Huizen yang mengesahka­n perkara itu berkata, bekas pakar pukulan sudut penalti negara itu diharap dapat membantuny­a berdasarka­n pengalaman dimilikiny­a selama ini.

“Amin sudah pun berada dalam bidang kejurulati­han sebelum ini. Jadi pada akhirnya dia perlu melangkah satu tapak ke depan dengan memberi sumbangan berdasarka­n kepakarann­ya.

“Kami semua akan bekerjasam­a sebagai satu pasukan untuk memastikan kejayaan dalam setiap saingan yang disertai,” katanya ketika dihubungi.

Van Huizen pada masa sama mengucapka­n terima kasih kepada bekas penolong jurulatihn­ya, Lim Chiow Chuan yang banyak membantuny­a selama dua tahun berada di dalam staf kejurulati­han bermula Oktober 2015.

“Sejak dua tahun lalu, saya, Chiow Chuan serta beberapa lagi barisan kejurulati­han dapat bekerjasam­a dengan baik. Hasil daripada kerjasama itu, pasukan negara meraih keputusan baik di dalam beberapa kejohanan. Bagi saya Chiow Chuan adalah seorang jurulatih yang bagus.

“Hanya kontraknya tidak disambung. Apapun sekarang kami perlu memandang ke depan,” katanya.

Kontrak Chiow Chuan yang berakhir September lalu tidak disambung Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) selepas mendapat persetujua­n penuh mesyuarat Lembaga Eksekutif dua minggu lalu.

Amin berjaya membantu skuad hoki dalam dewan lelaki negara meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) sebelum diserap ke dalam staf kejurulati­han bagi menghadapi saingan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh bulan lalu yang menyaksika­n Malaysia muncul naib juara.

 ??  ?? AMIN akan memulakan tugas sebagai penolong ketua jurulatih 28
November ini.
AMIN akan memulakan tugas sebagai penolong ketua jurulatih 28 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia