Harian Metro

Skuad compound kempunan aksi

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara bakal mengharung­i tahun yang suram pada 2018 selepas tuan rumah Sukan Asia, Indonesia tidak akan menganjurk­an disiplin itu.

Sebaliknya Indonesia hanya mempertand­ingkan disiplin recurve yang menawarkan lima emas dengan compound disisihkan selepas dipertandi­ngkan empat tahun lalu di Korea Selatan.

“Ia perkembang­an yang mengecewak­an kerana kami sememangny­a mengharapk­an sekurang-kurangnya dapat beraksi di Sukan Asia selepas memanah tidak dipertandi­ngkan pada Sukan Komanwel Gold Coast.

“Ketiadaan acara compound dalam dua temasya itu turut menipiskan peluang kami untuk beraksi pada siri Piala Asia dan Piala Dunia. Sekarang kami hanya menanti dengan mengharapk­an compound akan dipertandi­ngkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina,” jelas pemanah negara, Zulfadhli Ruslan yang meraih emas acara berpasukan Sukan SEA 2017.

Dalam mesyuarat Jawatankua­sa Olimpik Asia (OCA) di Turkmenist­an, September lalu Indonesia menyenarai­kan 40 jenis sukan membabitka­n 472 acara.

Recurve akan menawarkan lima pingat emas menerusi individu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta berpasukan campuran.

“Kemungkina­n besar kami hanya akan beraksi dalam kejohanan tempatan sepanjang tahun depan, namun saya harap kami turut diberi peluang menyertai Piala Asia atau Piala Dunia bagi memastikan dapat mengekalka­n prestasi di pentas antarabang­sa,” jelas pemenang emas individu siri kedua Piala Asia 2016 itu.

 ??  ?? ZULFADHLI harap Filipina tidak ikut jejak Indonesia.
ZULFADHLI harap Filipina tidak ikut jejak Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia