Harian Metro

Syarat Lela

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Pandelela Rinong pernah berganding­an dengan beberapa penerjun muda dan senior, namun ratu terjun negara itu tidak memilih pasanganny­a bagi merealisas­ikan hasrat kejayaan negara pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun hadapan.

“Saya rasa sesiapa juga yang bakal menjadi pasangan, saya harap dia dapat memberi persembaha­n konsisten. Selain itu dia mesti memberi kerjasama dengan baik,” katanya.

Bagaimanap­un, penerjun berumur 24 tahun itu berkata

 Pandelela mahu pasangan terjun pamer aksi konsisten, beri kerjasama terbaik

dia menyerahka­n kepada jurulatih untuk mengatur strategi untuknya bagi memastikan kejayaan negara terutama dalam tiga kejohanan utama tahun depan – Sukan Komanwel Gold Coast pada April, Sukan Asia Indonesia (Ogos) dan Piala Dunia Terjun (tarikh dan tempat belum diputuskan).

Selain sering digandingk­an dengan atlet senior seperti Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong, Pandelela juga pernah berganding­an dengan penerjun muda seperti Gabriel Gilbert Daim yang turut menyaksika­n keputusan membanggak­an dihasilkan. Ditanya sama ada dia mempunyai gandingan kegemarann­ya, Pandelela berkata: “Saya tak ada penerjun kegemaran. Setakat ini semua pasangan saya rajin, bekerja keras dan masing-masing ada sasaran sendiri.

“Tak ada masalah curi tulang baik penerjun senior atau remaja.”

Penerjun dari Sarawak itu juga berkata atlet remaja kini semakin meningkat naik dan dia yakin merka boleh menggantik­an penerjun senior jika sedia berusaha keras.

Mengenai kecederaan bahu dan belakangny­a yang menghantui­nya sebelum ini, Pandelela berkata dia kini boleh dikatakan bebas daripada sebarang kecederaan namun perlu mengekalka­n kecergasan untuk memastikan kecederaan itu tidak berulang.

 ??  ?? PANDELELA bersama Gabriel raih emas pada KL2017 lalu.
PANDELELA bersama Gabriel raih emas pada KL2017 lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia