Harian Metro

Nadal tarik diri selepas tewas

-

London: Rafael Nadal

menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP semalam, gara-gara gagal menangani masalah kecergasan selepas tumpas tiga set kepada David Goffin dalam satu perlawanan menarik.

Pemain nombor satu dunia itu bekerja keras namun dikejutkan

7-6

(gambar)

(7/5), 6-7 (4/7), 6-4 oleh Goffin pada perlawanan pembukaan kejohanan penamat musim itu yang tidak pernah dimenangin­ya.

Bintang Sepanyol itu hadir pada kejohanan kali ini dengan keraguan menyelubun­gi tahap kecergasan­nya selepas menarik diri daripada Masters Paris akibat kecederaan lutut.

Awalnya dia tidak menunjukka­n sebarang masalah pada perlawanan round robin itu namun akhirnya kecederaan itu memaksanya mengakui musimnya sudah berakhir.

“Saya terpaksa menarik diri,” kata Nadal. “Musim saya sudah berakhir. Ya, saya mempunyai komitmen dengan kejohanan ini, bandar raya ini dan diri sendiri. Saya sudah mencuba. Saya melakukan apa yang sepatutnya untuk cuba bersedia. Tapi hakikatnya saya tidak bersedia untuk bermain.”

Nadal berkata, dia akan bekerja keras untuk bersedia bagi permulaan musim depan.

“Saya tahu apa yang harus dilakukan,” katanya. “Saya tahu semua perkara yang berlaku sebelum ini apabila saya berdepan situasi ini dan saya tahu apa rawatan yang diperlukan.”

Nadal, 31, bergelut untuk menemui sentuhanny­a pada awal saingan sekalipun menerima sorakan semangat daripada penonton dan menyaksika­n servisnya dirampas dua kali pada set pertama oleh pilihan ketujuh dari Belgium itu, yang tumpas dua pertembung­an terdahulu.

“Ia perlawanan yang sengit hingga ke penamat,” akui Goffin yang jelas lega.

“Rafa seorang pemain yang mempunyai mental kuat dalam jelajah. Saya amat gembira akhirnya menemui cara untuk memenangi perlawanan ini. Sesuatu yang istimewa untuk melakukann­ya di sini.”

Dalam satu lagi aksi Kumpulan Pete Sampras, Grigor Dimitrov mengatasi Dominic Thiem 6-3, 5-7, 7-5. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia