Harian Metro

‘Kami hanya mampu bertahan’ BUKAN PENAMAT SEMPURNA

-

Milan: Jurulatih Sweden, Jan Andersson mengakui Itali adalah pasukan yang lebih baik daripada sudut teknikal berbanding skuad kendaliann­ya yang bertahan bermati-matian pada pertemuan playoff kedua kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.

Pada aksi di San Siro itu, Sweden membuatkan Itali kempunan aksi di pusingan akhir di Russia 2018 apabila mengikat juara dunia empat kali itu 0-0, sekali gus mara dengan agregat 1-0 susulan kemenangan di tempat sendiri, minggu lalu.

Begitupun pada pertembung­an penuh mendebarka­n itu, Sweden terpaksa mengerah seluruh keringat untuk menghalang gawang mereka daripada dibolosi.

“Kami tidak mempunyai sebarang senjata lagi. Kami hanya perlu berdiri di sana dan berharap kami mampu bertahan,” kata Andersson.

“Kami tidak dapat melakukann­ya dengan cara yang berlainan kerana skil mereka begitu tinggi.”

Kekalahan itu menyaksika­n Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun dan ironinya, kali terakhir mereka tidak beraksi di saingan elit itu pada 1958 ketika Sweden menjadi tuan rumah.

Skuad kendalian Gian Piero Ventura itu menguasai 75 peratus kawalan bola, tetapi mensia-siakan banyak peluang selain rayuan mereka untuk mendapatka­n penalti turut ditolak.

Sejurus wisel penamat ditiupkan pengadil, beberapa pemain Itali jelas tidak dapat menerima hakikat itu dan tumbang di atas padang.

Ia juga menjadi pengakhira­n buat penjaga gol legenda mereka, Gianluigi Buffon yang mengumumka­n persaraan bersama skuad kebangsaan selepas membuat 175 penampilan untuk negaranya. - AFP

Milan

Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon sah akan menamatkan karier di pentas antarabang­sa selepas skuad juara empat kali itu gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Buffon, 39, beraksi buat kali ke-175 dan kali terakhir ketika Itali tumpas 0-1 secara agregat, dalam penentuan playoff kepada Sweden selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di San Siro, semalam.

Keputusan itu menamatkan karier Buffon sepanjang 20 tahun terbabit di pentas antarabang­sa termasuk ketika Itali menjulang Piala Dunia pada 2006.

“Saya minta maaf, bukan saja untuk diri sendiri, tetapi untuk seluruh bola sepak Itali,” kata Buffon kepada penyampai televisyen Itali, Rai.

“Kami gagal mencapai sesuatu yang cukup besar, yang cukup memberi makna. Cukup kesal kerana terpaksa menamatkan perjuangan dengan cara begini, bukan kerana masa lampau,”

Buffon tampil kali pertama

 Buffon tinggalkan karier di pentas antarabang­sa selepas Itali tersingkir

untuk skuad Azzurri ketika berusia 19 tahun pada Piala Dunia 1988 ketika saingan playoff berdepan Russia, tetapi aksi terakhirny­a juga menyaksika­n dia gagal mencapai rekod pemain pertama beraksi di enam edisi Piala Dunia.

Kapten Juventus ini yang menegaskan dia akan bersara selepas akhir musim ini berkata, penyokong Itali perlu terus melihat masa depan dan ketika ini, penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma dilihat sudah bersedia menyarung jersi nombor satu.

“Sentiasa ada masa depan untuk bola sepak Itali, yang menjadi kebanggaan kami, dan selepas keputusan yang teruk, kami sentiasa mencari jalan untuk bangkit,” katanya.

“Saya meninggalk­an skuad ini yang penuh dengan bakat, termasuk Gigio Donnarumma dan (penjaga gol Genoa) Mattia Perin,” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia