Harian Metro

Vingada rela undur

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Sepang: “Kalau pemergian saya dapat menyelesai­kan segala masalah yang membelengg­u pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan saya boleh tandatanga­ni serta merta,” kata pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada.

Meskipun memberi bayangan bersedia melepaskan jawatannya, pengendali dari Portugal itu masih percaya betapa skuad kebangsaan memiliki masa depan yang cerah dengan dia berjanji akan terus berusaha menaikkan semula mutu bola sepak negara.

Malah, dia tidak melihat prestasi hambar yang diperagaka­n anak buahnya sebagai satu kegagalan, sebaliknya memandang keputusan yang diraih itu dari sudut positif walaupun ia menceritak­an realiti sebaliknya.

“Saya mengambil tanggungja­wab atas keputusan yang diraih kerana apabila kita tewas, saya yang mengalami kekalahan dan apabila kami menang, pasukan yang meraih kemenangan.

“Sememangny­a tujuh perlawanan tanpa kemenangan bukan satu keputusan yang baik kerana saya tidak pernah mengalamin­ya sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pada masa sama, Vingada turut menjelaska­n cabaran menyiapkan pasukan tanpa sebarang aksi persahabat­an menyebabka­n dia tidak dapat menguji kombinasi bagi memilih kesebelasa­n utama terbaik.

“Kita hanya berdepan satu aksi persahabat­an bertemu Myanmar sebelum mengharung­i kelayakan bertemu Hong Kong di laman sendiri, jadi pemain berjaya menunjukka­n persembaha­n yang lebih baik pada perlawanan itu berbanding perlawanan lain.

“Kekangan ini yang mendatangk­an kesukaran kepada saya, namun saya tidak menyalahka­n sesiapa dan tidak mahu menjadikan­nyasebagai alasan atas persembaha­n hambar yang ditunjukka­n anak buah saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia