Harian Metro

‘Pecat Vingada tak selesai masalah’

-

Kuala Lumpur: “Bawalah jurulatih terbaik dunia sekalipun, beliau tidak mampu mengubah nasib bola sepak kita sekelip mata.”

Itulah pendapat legenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh ekoran kegagalan skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Korea Utara (1-4), di Buriram, Thailand, kelmarin.

Berikutan kekalahan itu, Malaysia kekal di tangga tercorot dengan hanya satu mata selepas lima perlawanan. Aksi terakhir menentang Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan hanya sekadar pelengkap jadual.

Ia mencetuska­n pelbagai polemik dengan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh lantang mengkritik jurulatih, Nelo Vingada serta meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memecatnya.

Namun, Shukor berpendapa­t tidak adil untuk meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas bahu Vingada.

Sebaliknya, kata beliau, setiap orang perlu menelan hakikat negara tidak memiliki pemain berkualiti untuk memberi cabaran di peringkat antarabang­sa.

“Bagi saya pecat jurulatih tidak akan menyelesai­kan masalah. Kita gagal bukan kerana jurulatih tidak bagus tapi pemain yang kita miliki tidak mencapai taraf antarabang­sa.

“Ia ibarat seorang tukang masak, kalau bahan yang disediakan tidak cukup atau tidak berkualiti, bagaimana beliau mahu menghasilk­an masakan yang sedap,” katanya.

Justeru Shukor berkata, setiap orang perlu bersabar serta memberi peluang kepada FAM untuk memulihkan prestasi pasukan kebangsaan.

Pada masa sama beliau bersetuju

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia