Harian Metro

T TANGISAN SISI MAYAT

-

angisan bayi lelaki membawa kepada penemuan mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dalam tandas di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Gaya, di sini, jam 7 pagi semalam.

Kejadian disedari beberapa pekerja hotel berkenaan selepas terdengar bayi menangis di bilik itu.

Menurut sumber, terdahulu, pekerja hotel yang curiga dengan tangisan bayi itu mengetuk pintu bilik berkenaan namun tiada jawapan.

“Pekerja mengambil kunci pendua, namun pintu tidak boleh dibuka kerana dikunci dari dalam.

“Mereka kemudianny­a masuk ke bilik berkenaan menerusi tingkap dari luar premis. Mereka menemui bayi yang baru dilahirkan manakala ibunya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Sumber berkata, pekerja berkenaan kemudianny­a menghubung­i polis.

Bagaimanap­un, katanya, wanita terbabit disahkan sudah meninggal dunia oleh kakitangan perubatan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) yang turut ke lokasi.

“Mayat wanita itu dibawa ke HQE I untuk bedah siasat. Bayi lelaki yang dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan itu kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas,” katanya.

Menurut sumber, bayi berkenaan ditemui selepas kira-kira dua jam ibunya

Wanita mati selepas melahirkan bayi di bilik hotel

meninggal dunia.

“Wanita itu mendaftar masuk semalam (kelmarin) dan sepatutnya mendaftar keluar tengah hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia