Harian Metro

Sekolah diceroboh

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Pagar SMK Sematan usang kerap dimasuki pekerja kebun

Pihak berkuasa digesa melakukan pemantauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan di Tanjung

Datu yang kerap diceroboh orang luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, beliau dimaklumka­n sekolah berkenaan diceroboh pekerja kebun dan ladang dari kawasan berhampira­n.

Menurutnya, walaupun

setakat ini tiada laporan mengenai kejadian tidak diingini, beliau bimbang ia akan menimbulka­n isu keselamata­n terhadap pelajar, terutama yang menghuni asrama.

“Penceroboh­an berlaku disebabkan sekolah itu kini tidak mempunyai pagar kerana terlalu usang dan roboh.

“Diharap

perkara

ini mendapat perhatian Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi negeri sebelum ia terlambat, terutama membabitka­n keselamata­n pelajar,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Pada masa sama, Jamilah berkata, selain penceroboh­an, SMK Sematan juga perlu ditambah baik dengan melengkapi­nya dengan makmal sains.

Katanya, SMK Lundu juga memerlukan bangunan baru untuk kelas Pendidikan Khas bagi menempatka­n 70 pelajar.

“Mengikut rekod, selain dua sekolah ini, tujuh lagi sekolah memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana keadaannya yang daif,” katanya.

 ??  ?? JAMILAH pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
JAMILAH pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia