Harian Metro

Kira tekanan perasaan pekerja Diejek tiada telefon

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Graduan jadikan motivasi bakar semangat tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda

Pernah diejek rakan semata-mata tidak memiliki telefon bimbit menjadi pembakar semangat buat Vegayalin Celorince Robert, 24, bagi menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

Vegayalin Celorince dari Tamparuli, Tuaran memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatid (CGPA) 3.33.

Malah, wanita berketurun­an Dusun ini gembira diterima bekerja sebagai ejen pemasaran di kolej swasta, di sini, selepas menjalani latihan industri sejak awal tahun.

Vegayalin Celorince yang juga anak bongsu daripada enam beradik berkata, dia tidak menjadikan kesempitan hidup penghalang untuk berjaya.

“Saya masih ingat, ada rakan mengejek saya kerana tidak memiliki telefon bimbit pada semester pertama.

“Saya sedar ibu bapa saya tidak berkemampu­an kerana mereka hanya bergantung kepada hasil kebun.

“Saya mengambil inisiatif mengumpul wang untuk membeli gajet itu bagi memudahkan saya melakukan tugasan,” katanya selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM Sabah.

Majlis itu disempurna­kan Pro-Canselor UiTM Tan Sri Safri Awang Zaidell.

Vegayalin Celorince berkata, dia menjadikan kesukaran hidup sebagai motivasi cemerlang.

“Sekarang jika diingat kembali, saya tidak kisah sebenarnya dengan ejekan itu. Malah, saya menganggap ia cabaran kerana bukan mudah mencapai kejayaan ini.

“Pada masa sama, kejayaan ini berkat sokongan serta doa bapa, Robert Palung yang berusia 63 tahun dan ibu, Suking Gangkat 64 tahun,” katanya.

Kini, kedua ibu bapanya tinggal bersamanya.

 ??  ?? VEGAYALIN Celorince (tengah) bersama
ibu bapanya.
VEGAYALIN Celorince (tengah) bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia