Harian Metro

NOTA 3 HAMBA ABDI

 3 wanita Indonesia ditemui ketakutan dalam kilang sarung bantal bekerja 8 bulan tanpa gaji

-

“IBU. TOLONG SAYA. SAYA MAU LARI.” Itu nota diberikan seorang daripada tiga wanita Indonesia yang dikurung majikannya dan dijadikan hamba abdi dengan bekerja tanpa gaji selama lapan bulan.

Nota berkenaan diserahkan kepada seorang anggota polis sejurus mereka ditemui bersembuny­i di dalam tandas sebuah premis tiga tingkat di Taman Machang Bubok di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi, ketiga-tiga wanita warga Indonesia terbabit yang bekerja di premis membuat sarung bantal ditemui polis dalam keadaan ketakutan dipercayai dikurung di tingkat dua bangunan itu.

Difahamkan, semua wanita berkenaan hanya diberi makan nasi bungkus ketika bekerja dan selepas selesai bekerja, mereka dibawa pulang ke rumah majikan untuk tidur.

Selama bekerja beberapa bulan lalu, mereka juga dilarang keluar dari premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) dihantar ke premis berkenaan sebaik menerima maklumat orang awam yang ternampak beberapa wanita melambai tangan seolah-olah meminta pertolonga­n sambil menunjukka­n satu cebisan kotak bertulisan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi berkenaan, polis mendapati pintu pagar utama dan jeriji di sisi bangunan ditutup serta berkunci dan selepas memperkena­lkan diri, seorang wanita tempatan dipercayai penyelia membuka jeriji untuk pemeriksaa­n.

“Anggota polis menemui tiga wanita Indonesia berusia antara 21 dan 25 tahun dalam keadaan ketakutan bersembuny­i di dalam tandas.

“Seorang daripada mereka menyerahka­n kepada pega- wai serbuan satu cebisan kertas kotak tertulis nota “IBU. TOLONG SAYA. SAYA MAU LARI,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, ketika pemeriksaa­n lanjut dijalankan, datang seorang wanita tempatan yang mengaku ibu kepada pemilik kilang itu diikuti seorang lelaki yang mengaku ejen membekalka­n pekerja kepada kilang itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga wanita Indonesia berkenaan kemudian dibawa ke IPDSPT bagi tindakan lanjut manakala empat individu membabitka­n dua lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki menjalanka­n aktiviti memperdaga­ngkan manusia.

“Siasatan mendapati tiga wanita berkenaan dikurung dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan dan gaji mereka hanya dibayar sekali kepada ejen terbabit, tetapi mangsa tidak menerima gaji mereka.

“Ketiga-tiga mangsa berasal dari Belawan, Sumatera dan siasatan mendapati mereka diberi makan nasi bungkus di tempat kerja dan apabila habis waktu kerja, mereka dibawa balik ke rumah majikan untuk tidur.

“Ketika di rumah, majikan melepaskan anjing untuk mengawal dan menakutkan ketiga-tiga mangsa supaya tidak melarikan diri dan ketika serbuan, majikan dipercayai berada di China kerana urusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, keempat-empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi semalam dan mereka ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan.

 ??  ??
 ?? Nik Ros Azhan ?? PINTU masuk premis tiga tingkat yang menempatka­n tiga pekerja kilang sarung bantal warga Indonesia di Taman Machang Bubok. Ketika di rumah, majikan melepaskan anjing untuk mengawal dan menakutkan ketiga-tiga mangsa”
Nik Ros Azhan PINTU masuk premis tiga tingkat yang menempatka­n tiga pekerja kilang sarung bantal warga Indonesia di Taman Machang Bubok. Ketika di rumah, majikan melepaskan anjing untuk mengawal dan menakutkan ketiga-tiga mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia