Harian Metro

BANJIR SANA-SINI

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

 Pasukan penyelamat guna kenderaan berat bantu penduduk terputus hubungan pulang

Jempol

Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sampo, di sini, terpaksa dibantu pasukan bomba untuk pulang ke rumah selepas jalan utama ke kampung itu dinaiki air, semalam.

Kampung berkenaan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 6 pagi menyebabka­n air naik setinggi satu meter dan jalan masuk ke kampung itu tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Roslan Seman berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 12.37 tengah hari sebelum seramai 18 pegawai dan anggota dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda, lori dan bot untuk membawa penduduk yang terputus hubungan selepas jalan di kampung berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat lebih enam jam.

“Kita membawa kira-kira 50 penduduk termasuk murid di sekolah berhampira­n yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain kampung berkenaan, beberapa kawasan lain termasuk Kampung Air Bong, Kampung Sungai Taling, Kampung Bukit

Perah, Kampung Lonek dan Kampung

Gajah Mati dan Jalan Serting Tengah turut dilanda banjir kilat.

Penduduk Kampung Air Bong, Samsuri Ahmad, 53, berkata, dia sempat menyelamat­kan barangan berharga ke tempat lebih tinggi selepas air mulai naik memasuki ke dalam rumahnya.

“Ketika kejadian jam 8 pagi (semalam), saya tinggal seorang diri kerana ibu dan adik ke Tampin. Pada mulanya saya risau air semakin naik, namun setengah jam kemudian saya lihat air mulai surut membuatkan saya berasa lega,” katanya memaklumka­n ia adalah kejadian kali kedua selepas Jun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia