Harian Metro

TIADA LAGI RUMAH KAMBING

 RM10,000 baiki rumah, RM80 sebulan anak kembali bersekolah

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Tiada lagi rumah seperti kandang kambing buat keluarga Sarina Musa, 32, apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntu­kkan RM10,000 untuk membaik pulih rumah itu.

Kediaman terletak di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB di sini, akan menjalani transforma­si termasuk zink ditukar dan lantai serta dinding rumah dibaiki supaya keluarga itu dapat hidup selesa.

MAIK juga memastikan bilik tidur dibina di rumah itu sekali gus memberi lebih kesempurna­an kepada kediaman mereka.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pihaknya memperuntu­kkan dana segera untuk membantu Sarina yang tergolong dalam kelompok asnaf layak dibela.

“Keadaan rumah mereka sangat daif menyebabka­n anaknya berasa malu dan berhenti sekolah. Kami bersimpati dan nasib mereka akan dibela.

“Selain bantuan pembaikan rumah, MAIK juga akan memberi bantuan berterusan termasuk biasiswa RM80 sebulan kepada anak sulung Sarina.

“Ia supaya kanak-kanak itu dapat ke sekolah seperti murid lain dan tidak ketinggala­n,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan wang zakat RM2,000 kepada keluarga itu, semalam. Sumbangan disampaika­n kepada suami Sarina, Fadli Jusoh, 36.

Dr Nik Mohd Azlan berharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban ditanggung suami isteri itu dalam membesarka­n dua anak mereka, Khairul Nizam Fadli, 10, dan Mustika Ayuni, 5.

Beliau berkata, MAIK juga menawarkan pembinaan rumah kekal bernilai RM40,000 kepada keluarga berkenaan namun tunggakan tapak tanah kepada pemilik asal perlu diselesaik­an.

“Jika bayaran tanah selesai, MAIK akan membina sebuah rumah bernilai RM40,000. Kita akan sentiasa membantu keluarga berkenaan yang tergolong dalam keluarga memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Sarina ketika ditemui melahirkan kesyukuran kerana pihak MAIK sudi membaik pulih kediaman mereka yang sangat daif.

“Alhamdulil­lah, MAIK akan membaik pulih rumah kami kerana keadaan kediaman sangat teruk dan buruk kerana kayu serta dinding sudah reput serta berlubang.

“Anak juga gembira dengan bantuan ini. Khairul Nizam juga kurang menangis apabila melihat orang datang berbanding sebelum ini dia malu serta mudah mengalir air mata,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu akan memulakan persekolah­an tahun hadapan, hasil dorongan dan bantuan orang ramai.

Harian Metro sejak kelmarin melaporkan kisah keluarga Sarina yang hidup daif dan tinggal di dalam rumah kecil seperti kandang kambing di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB.

 ??  ??
 ??  ?? 13 November lalu. LAPORAN Harian Metro DR Nik Mohd Azlan (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Fadli bersama isterinya, Sarina serta anaknya Mustika dan Khairul Nizam.
13 November lalu. LAPORAN Harian Metro DR Nik Mohd Azlan (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Fadli bersama isterinya, Sarina serta anaknya Mustika dan Khairul Nizam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia