Harian Metro

‘Saya rakyat Malaysia’

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Drama wanita warga Vietnam apabila ditahan dalam operasi imigresen

“Saya rakyat Malaysia, tolong jangan tahan saya.” Itu dakwaan seorang wanita warga Vietnam ketika ditahan di Jalan Alor bersama teman lelakinya dalam Operasi Bersepadu, kelmarin.

Bagaimanap­un, apabila diminta mengemukak­an MyKad, wanita itu memberi pelbagai alasan malah dia juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ketika itu.

Dalam operasi sama, be- berapa lelaki Bangladesh turut ‘berdrama’ kononnya mereka melancong dengan memilih barang di sebuah kedai sebaik menyedari kemunculan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Namun, tindakan itu gagal mengaburi anggota JIM yang terlebih dahulu membuat pemantauan di lokasi.

Itu antara adegan yang disaksikan wartawan Harian Metro ketika membuat liputan Operasi Bersepadu yang dijalankan 267 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkua­saan dengan diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali bermula jam 4.30

petang kelmarin. Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Mustafar berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada premis perniagaan yang dikuasai warga asing di ibu kota.

“Hasil operasi ini, puluhan premis di Jalan Alor dan Changkat Bukit Bintang diperiksa sebelum 440 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja sah dan ketika ditahan tidak menga- ku bekerja di premis yang diperiksa.

“Bagaimanap­un, kami sudah memantau aktiviti mereka. Semua yang ditahan membabitka­n 389 lelaki, 47 wanita dan 4 kanak-kanak terdiri daripada pelbagai warganegar­a seperti Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Pakistan, India, Oman dan lain-lain.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas rakyat Malaysia yang menyewakan premis mereka kepada warga asing selain menggajika­n pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau berkata, sukar untuk mengepung kawasan seluas ini namun dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKl) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), ia berjaya dilaksanak­an.

“Tiada istilah Bukit Bintang kebal daripada tindakan penguatkua­saan kerana kami sentiasa memerhatik­an semua kawasan dan akan menyerbuny­a satu persatu,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata, JIM Kuala Lumpur menahan 4,245 warga asing dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dan Kuala Lumpur adalah negeri ketiga tertinggi dalam aspek tangkapan warga asing selepas JIM Putrajaya dan Johor.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 1,338 adalah warga Indonesia diikuti 1,091 Bangladesh, 428 Myanmar, 135 India dan lain-lain negara termasuk 81 rakyat Malaysia yang menggajika­n pekerja asing tanpa izin.

“Semua yang ditahan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) atas pelbagai kesalahan termasuk salah guna permit kerja atau pelajar, tiada dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa,” katanya.

 ??  ?? IBU baru habis pantang lima hari ditahan bersama bayi bagi membantu siasatan.
DOKUMEN warga asing diperiksa bagi
memastikan tiada yang palsu. ANTARA warga asing yang ditangkap untuk pemeriksaa­n lanjut.
IBU baru habis pantang lima hari ditahan bersama bayi bagi membantu siasatan. DOKUMEN warga asing diperiksa bagi memastikan tiada yang palsu. ANTARA warga asing yang ditangkap untuk pemeriksaa­n lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia