Harian Metro

Diskaun 50%

 Mahasiswa disaran manfaat pengangkut­an awam dengan mohon kad konsesi pelajar

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my Kajang

Mahasiswa disaran menggunaka­n sepenuhnya kemudahan pengangkut­an awam yang disediakan kerajaan selain memohon kad konsesi bagi menikmati potongan harga istimewa untuk mengurangk­an perbelanja­an bulanan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, negara ini memiliki pelbagai kemudahan pengangkut­an awam bertaraf dunia seperti Transit Aliran Massa (MRT) yang seharusnya dimanfaatk­an sebaiknya oleh orang ramai khususnya golongan pelajar.

“Pengangkut­an awam seperti MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan sebagainya yang disediakan kerajaan bukan saja dapat mengelakka­n kesesakan jalan raya malah mengurangk­an waktu per- jalanan.

“Lebih menarik, jika memohon kad konsesi yang disediakan, mahasiswa juga dapat menjimatka­n kos perjalanan kerana diskaun istimewa 50 peratus diberikan kepada perjalanan menggunaka­n kemudahan yang disediakan.

“Di pihak kementeria­n, kita sentiasa menggalakk­an mahasiswa menggunaka­n kemudahan yang disediakan ini kerana ia mempunyai banyak faedah untuk semua,” katanya selepas menyerahka­n kad konsesi kepada mahasiswa di Stesen MRT Kajang.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Operasi Stesen Sungai Buloh-Kajang (SBK), Mohammad Isom Azis.

Terdahulu, Idris, Noorul dan Muhammad Isom menyertai 200 mahasiswa beberapa universiti, politeknik dan kolej komuniti dari sekitar Lembah Klang menaiki pengangkut­an awam terbaru itu sempena Program Jelajah MRT dari Stesen MRT Tun Razak Exchange hingga ke Stesen Stadium Kajang.

Dalam pada itu, Mohammad Isom berkata, kad konsesi yang disediakan pihak Prasarana Malaysia Berhad itu membolehka­n pelajar menikmati diskaun 50 peratus ke atas kadar tunai bagi setiap perjalanan menggunaka­n Bas RapidKL, Bas Rapid Transit (BRT), LRT, Monorel dan perkhidmat­an MRT lain.

Kata beliau, permohonan kad terbabit boleh dibuat di kaunter pendaftara­n konsesi, Pusat Perhentian Bas Pasar Seni dengan bayaran RM15.

“Diharap dengan adanya kemudahan ini, kebergantu­ngan kepada kereta dapat dikurangka­n, sekali gus meningkatk­an gaya hidup mes- ra alam dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), S Kishanthin­i , 21, berkata, kad konsesi yang diperkenal­kan itu memberi banyak penjimatan kepada pelajar sepertinya.

 ??  ?? IDRIS beramah mesra bersama mahasiswa ketika Program Jelajah MRT 200 Mahasiswa Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti bersama Menteri Pengajian Tinggi di laluan stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) - Stesen Stadium Kajang.
IDRIS beramah mesra bersama mahasiswa ketika Program Jelajah MRT 200 Mahasiswa Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti bersama Menteri Pengajian Tinggi di laluan stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) - Stesen Stadium Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia