Harian Metro

Guna jurulatih tempatan saja: Bakri

-

Malaysia. Mungkin dia terima jawatan ini disebabkan duit semata-mata.

“Bagi saya, dengan pemain yang kita ada sekarang, adalah lebih baik kita hanya melantik jurulatih tempatan. Mereka lebih kenal pemain malah kos juga tidak terlalu besar berbanding jurulatih luar negara.

“Sebagai contoh, jurulatih import tertarik dengan permainan dari negeri A yang dirasakan bagus untuk beraksi di peringkat antarabang­sa, tetapi pada masa sama, jurulatih tempatan pasti lebih kenal permainan pemain berkenaan,” katanya.

Semalam, Vingada menyatakan kesediaan melepaskan jawatan sekiranya langkah itu mampu menyelesai­kan segala masalah yang membelengg­u pasukan kebangsaan.

Kenyataan itu hadir sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengalami dua kekalahan 4-1 kepada Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand.

Mengulas mengenai kesediaan Vingada, Bakri berkata jika benar jurulatih itu memiliki prinsip dan rasa tanggungja­wab, dia sepatutnya melepaskan jawatan.

Bagaimanap­un, Bakri berkata adalah tidak adil jika meletakkan kesalahan itu hanya kepada Vingada sebaliknya semua pihak termasuk FAM harus turut pikul tanggungja­wab itu.

“Kalau dia (Vingada) seorang profesiona­l, berprinsip dan bertanggun­gjawab dengan apa yang berlaku, dia kena ambil tanggungja­wab dengan cara letak jawatan. Lepas secara sukarela, bukannya tunggu FAM pecat dan harapkan pampasan.

“Ini kerana, kalau dia kekal sekali pun, kariernya dan ‘resume’ dia juga akan rosak. Bukan dia saja, semua pihak termasuk FAM sebagai badan induk harus bertanggun­gjawab dengan memperting­katkan pembanguna­n akar umbi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia