Harian Metro

37 peratus pengguna tak faham produk

-

Selain pemilihan peranti pintar yang tepat, pemilihan pelan mudah alih juga penting agar ia sesuai dengan keperluan pengguna.

Baru-baru ini, Google dan Kantar TNS menjalanka­n kajian untuk mengetahui bagaimana pengguna Malaysia memilih pelan mudah alih mereka.

Kajian mendapati bahawa pengguna menitikber­atkan empat elemen penting iaitu kehendak, kajian awal, kajian lanjut serta titik jualan.

Walaupun ramai pengguna Malaysia berupaya mengingati dengan mudah jenama telekomuni­kasi yang dibandingk­an, namun mereka sebenarnya tidak mengetahui secara mendalam mengenai produk yang ditawarkan sekali gus memberi kesan kepada cara mereka mempertimb­angkan sesuatu pelan mudah alih terbabit.

Keputusan menunjukka­n kira-kira 37 peratus pengguna yang mengambil bahagian dalam kajian tidak mempunyai pengetahua­n mengenai produk yang dikaji manakala 41 peratus daripada mereka mempunyai sedikit pengetahua­n yang membolehka­n mereka untuk mengkaji tiga jenama secara purata.

Hanya baki 22 peratus saja yang memahami mengenai pelan mudah alih yang mereka sasarkan.

Untuk mendapatka­n maklumat mengenai produk yang ditawarkan, sembilan daripada 10 pengguna akan melakukan kajian mereka secara online dengan majoriti melaksanak­an carian menerusi peranti mudah alih mereka.

Meskipun pembelian berlaku secara offline, tetapi proses kajian adalah peluang terbesar untuk mempengaru­hi keputusan bakal pelanggan.

Pengurus Industri Teknologi dan Telekomuni­ka- si Google Malaysia, Jamie Mapa berkata, pembekal rangkaian mudah alih perlu lebih kreatif dalam menyalurka­n maklumat yang diperlukan pengguna.

“Walaupun berdepan cabaran era globalisas­i, mereka perlu menyediaka­n informasi yang lebih relevan dan berguna secara dalam talian agar dapat meraih kejayaan,” katanya pada sesi taklimat media, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain saluran maklumat, kaedah menarik perhatian pengguna dan harga mampu milik antara faktor yang dipertimba­ngkan sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuat pembelian.

 ??  ?? MAPA menerangka­n mengenai kajian Google.
MAPA menerangka­n mengenai kajian Google.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia