Harian Metro

J Tukar sistem amaran cuaca

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

abatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) akan menukar sistem amaran cuaca daripada kaedah warna kepada amaran bertulis bagi memudahkan kefahaman sistem penyampaia­n maklumat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, ia bagi memastikan orang ramai bersedia awal sebelum kejadian tidak diingini berlaku seperti hujan lebat, tanah runtuh dan banjir.

Menurutnya, sistem amaran ketika ini kurang difahami dan tidak sampai kepada kumpulan sasar terutama penduduk luar bandar.

Katanya, MetMalaysi­a akan menukar sistem pemantauan hujan iaitu kuning merujuk kepada hujan lebat dalam tempoh sehari hingga tiga hari kepada waspada, jingga (hujan lebat berterusan) kepada cuaca buruk dan merah iaitu hujan lebat berterusan melebihi 240 milimeter sehari kepada bahaya.

“MetMelaysi­a mengadakan perbincang­an dengan pihak media bagi memastikan penyebaran maklumat amaran ini disampaika­n se- cara optimum.

“Kita harap masyarakat luar bandar bersedia awal jika keadaan memerlukan.

“Laman web kami sering mengalami gangguan apabila menerima jumlah akses tinggi dan MetMelaysi­a meningkatk­an keupayaann­ya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Terdahulu menjawab soalan asal Noraini yang bertanyaka­n sejauh mana kementeria­n melihat permulaan Monsun Timur Laut sebagai fenomena yang berupaya mengakibat­kan banjir

 MetMalaysi­a ubah kaedah berwarna kepada bertulis mudahkan maklumat difahami

besar atau bencana alam dalam tempoh sekarang hingga Mac depan, Madius berkata, MetMalaysi­a menjangkak­an negeri di pantai timur Semenanjun­g dan barat Sarawak akan menerima jumlah hujan tinggi menyebabka­n berlaku banjir ketika musim Monsun Timur Laut mulai bulan ini hingga Januari depan.

Katanya, dalam tempoh itu, negara diramal menerima empat hingga lima kali hujan lebat yang membawa kepada banjir besar.

“Tinjauan cuaca di Semenanjun­g iaitu Kelantan dan Terengganu dijangka menerima curahan hujan kira-kira 700 milimeter (mm) pada November dan Disember, manakala Pahang dan timur Johor menerima hujan 400 mm pada Disember dan Januari depan.

“Keadaan ini mengakibat­kan banjir terutama di kawasan lembah sungai dan kawasan rendah,” katanya.

 ??  ?? WILFRED
WILFRED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia