Harian Metro

100 premis haram

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 MPSJ, PDRM bekerjasam­a pantau pusat urut, hiburan beroperasi tanpa lesen

Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) memantau 100 premis haram yang beroperasi tanpa lesen di kawasan pentadbira­n MPSJ.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, jumlah premis haram itu termasuk pusat urut, pusat hiburan keluarga dan premis yang menjalanka­n sukan snuker di bangunan tidak dibenarkan.

“MPSJ akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang masih berdegil.

“Premis haram ini akan diambil tindakan. Selain tinda- kan meroboh, pemilik premis juga boleh dikenakan tindakan saman kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya selepas merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang di sini, semalam.

Pertanding­an berkenaan disertai enam agensi kerajaan termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Mohd Zulkurnain berkata, program berkenaan dianjurkan bagi mengeratka­n silaturahi­m antara agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT),

“Kebanyakan kita sering bertemu dan berurusan, jadi ini adalah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan strategik kami,” katanya.

 ??  ?? KETUA Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang, semalam.
KETUA Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari merasmikan Program Menembak Agensi Kerajaan dan Rakan Media di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia