Harian Metro

Mayat isteri penembak bawah lantai

-

California (Amerika Syarikat): Polis menemui mayat seorang wanita ditanam di bawah lantai rumahnya, semalam, sehari selepas suami mangsa membunuh lima orang dalam tembakan rambang di California.

Penolong Sherif Tehema County, Phil Johnson berkata, siasatan mendapati mayat isteri Kevin Janson Neal disembunyi­kan di bawah lantai apabila menyerbu rumahnya kelmarin.

Menurutnya, setakat ini motif pembunuhan itu be- lum diketahui, tetapi polis percaya pembunuhan isterinya itu mencetuska­n perasaan ‘ingin membunuh lebih ramai orang’ dalam dirinya.

Dalam kejadian Selasa lalu, lelaki berusia 43 tahun itu keluar dari rumahnya pada jam 7.25 pagi Selasa dan terus menembak orang secara rambang - menyebabka­n empat orang terbunuh - sebelum merempuh pintu pagar sekolah rendah seterusnya me- lepaskan tembakan di dinding serta tingkap bangunan berkenaan sehingga mencederak­an seorang kanak-kanak.

Dia kemudian melarikan diri sebelum ditembak mati polis.

Sehari sebelum kejadian itu, jirannya mendakwa ada mendengar kekecohan di rumah pasangan itu. Polis percaya Neal membunuh isterinya pada hari itu.

“Terdapat lubang pada lantai rumah. Kami percaya dia membunuh isterinya dengan menembakny­a Isnin lalu sebelum menyembuny­ikan mayatnya di bawah lantai rumah,” kata Johnson pada sidang media.

Peguam Daerah Tehama County, Gregg Cohen memberitah­u, Neal pernah menembak seorang jiran wanitanya dan mencederak­an seorang lagi dengan pisau akibat perselisih­an faham. - Daily Mail

 ??  ?? POSTER memaparkan
Perdana Menteri Lubnan Saad al-Hariri dengan kata-kata ‘kami bersamamu’ dilihat di sekitar Beirut. Perancis semalam mengumumka­n Saad akan berada di Paris dalam tempoh terdekat, manakala Menteri Luar
Arab Saudi Adel al-Jubeir...
POSTER memaparkan Perdana Menteri Lubnan Saad al-Hariri dengan kata-kata ‘kami bersamamu’ dilihat di sekitar Beirut. Perancis semalam mengumumka­n Saad akan berada di Paris dalam tempoh terdekat, manakala Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia