Harian Metro

Siapa Jack the Ripper terbongkar

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Identiti pembunuh

bersiri diketahui

selepas 129 tahun apabila diari

peribadi H H Holmes ditemui cicitnya

Identiti pembunuh bersiri kejam misteri London, England yang digelar sebagai Jack the Ripper akhirnya terbongkar selepas 129 tahun.

Lebih menarik, lelaki itu turut dikatakan individu sama dengan pembunuh kejam terkenal Amerika Syarikat, H H Holmes atau nama sebenarnya Herman Webster Mudgett.

Pendedahan itu dilakukan cicit Holmes, Jeff Mudgett selepas menemui diari peribadi pembunuh terbabit diikuti siasatan serta kajian terperinci.

Penjelasan terhadap penemuan besar itu turut dikongsi dalam siri dokumentar­i American Ripper yang boleh disaksikan di saluran History setiap Rabu jam 9.55 malam.

Mudgett dalam temu bual eksklusif bersama Harian Metro baru-baru ini menegaskan kes itu dianggap sudah selesai berdasarka­n beberapa bukti kukuh yang menunjukka­n Holmes dan Jack the Ripper adalah individu sama.

“Saya menggunaka­n kepakaran dan pengalaman sebagai peguam untuk mengenal pasti tulisan tangan diari Holmes serta surat daripada pembunuh kejam di London.

“Selain itu, saya turut bekerjasam­a dengan pakar dan siasatan menunjukka­n penulisan berkenaan adalah sama. Ini salah satu fakta yang menunjukka­n moyang saya adalah Jack the Ripper,” katanya.

Biarpun kejadian pembunuhan bersiri berlaku di dua negara berbeza lebih satu abad lalu, Mudgett berkata, syarikat perkapalan masih menyimpan rekod penumpangn­ya sehingga sekarang.

“Rekod terbabit menunjukka­n Holmes pernah berlayar ke London dan saya percaya dia menulis surat misteri itu ketika di sana,” katanya.

Kesungguha­n Mugdett melakukan siasatan terhadap Holmes menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan ahli keluargany­a, tidak kurang juga reaksi negatif daripada orang sekeliling.

“Pada mulanya, keluarga menjadi marah dan kecewa berikutan saya sanggup berhenti sebagai peguam demi menyelesai­kan kes ini.

“Pada masa sama, kes itu turut menjejaska­n kehidupan mereka, namun, selepas siasatan berjalan lancar, keluarga mula memberi sokongan,” katanya.

Mudgett berkata, dia mula mengetahui asal usul moyangnya dan latar belakang gelap Holmes ketika usia 13 tahun.

“Memang saya terkejut besar apabila mendapati siapa sebenar moyang. Tak sangka dia membunuh dan menyeksa mangsanya tanpa belas kasihan.

“Orang menganggap kejahatan Holmes diwarisi kepada keturunann­ya.

Bagi saya, perkara seperti itu adalah mengarut.

“Saya sedar siasatan ini menerima kecaman ramai namun, orang ramai harus menerima hakikat kes Jack the Ripper dan Holmes sudah selesai,” katanya.

Menurut Mudgett, siasatan terbabit turut menarik minat sebuah produksi untuk menghasilk­an filem

Devil in the White City yang menampilka­n pelakon Leonardo Di

 ??  ?? PAPARAN dalam siri dokumentar­i American Ripper.
PAPARAN dalam siri dokumentar­i American Ripper.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia