Harian Metro

Hari Inovasi galak tingkat produktivi­ti

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Pupuk kesedaran warga kerja DOA untuk pamer kreativiti dalam cetuskan idea dinamik

Pembudayaa­n inovasi dan kreativiti diakui dapat memainkan peranan besar dalam pembanguna­n negara serta menjadi penggerak kepada inisiatif baru kerajaan.

Dalam merealisas­ikan matlamat itu, Jabatan Pertanian (DOA) mengadakan Hari Inovasi 2017 bagi memupuk kesedaran dalam kalangan warga kerjanya betapa pentingnya sesuatu inovasi terutama berkaitan dalam bidang pertanian.

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n) Datuk Jabar Shaik Mohideen berkata, sambutan Hari Inovasi ini diadakan bagi menggalakk­an kakitangan DOA sentiasa peka, prihatin dalam meningkatk­an produktivi­ti kerja masingmasi­ng.

Beliau berkata, ia dapat mempamerka­n tahap daya fikir yang inovatif dan kreatif dalam pencetusan idea yang dinamik sebagai pendekatan bagi penyelesai­an sesuatu isu atau masalah.

“Sambutan Hari Inovasi dijadikan acara tahunan bermula pada tahun 2010 bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perdana Menteri dalam ucapannya ketika Majlis Perdana Perkhidmat­an Awam ke11 menggarisk­an empat nilai asas pelengkap kepada empat tiang utama pentadbira­n kerajaan.

“Empat nilai asas berkenaan ialah Membudayak­an Kreativiti dan Inovasi, Mementingk­an Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan, Nilai Untuk Wang serta Nilai Integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi DOA 2017 di Institut Pertanian Serdang, barubaru ini. Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembanguna­n Sumber Manusia DOA Mohd Abidin Mohd Ariffin.

Jabar berkata, Hari Inovasi ini sebagai satu platform bertujuan untuk menyemarak­kan lagi usaha dan pembudayaa­n inovasi dalam kalangan warga

DOA ke arah kecemerlan­gan serta keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an.

“Inovasi menjadi satu penanda aras baru di peringkat global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan saja bersifat baru, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahter­aan negara.

“Ia bersesuaia­n dengan tema Hari Inovasi iaitu ‘Inovasi Pencetus Warga Kreatif’. Melalui kreativiti dan inovasi kemungkina­n bagi tugasan yang sebelum ini dianggap sukar akan menjadi mudah untuk dilaksanak­an.

“Aliran idea dan pelaksanaa­n inovasi harus bersifat dua hala sama ada dari atas ataupun boleh juga datang daripada peringkat akar umbi,” katanya.

Menurutnya, laporan Global Innovation Index 2016 mengiktira­f Malaysia di kedudukan 35 daripada 128 negara paling inovatif di dunia.

“Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena Hari Pekerja 2017 menyatakan hanya Malaysia dan China saja dikategori­kan sebagai ‘middleinco­me economies’ yang hampir menyertai kumpulan 25 negara yang inovatif lagi berpendapa­tan tinggi.

“Ia ditambah lagi dengan penyenarai­an Malaysia sebagai 19 kuasa ekonomi yang berada di dalam ‘transition’, yakni peralihan kepada kelompok kuasa ekonomi yang digelar sebagai ‘innovation­driven’ seperti yang dilaporkan dalam The Global Competitiv­eness Report 20162017,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN warga kerja DOA yang hadir.
SEBAHAGIAN warga kerja DOA yang hadir.
 ??  ?? UNIT Hortikultu­r, Komplek Pertanian
Ayer Hitam.
UNIT Hortikultu­r, Komplek Pertanian Ayer Hitam.
 ??  ?? JABAR (dua dari kanan) melawat gerai pameran.
JABAR (dua dari kanan) melawat gerai pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia