Harian Metro

KIRIM NOTA BERDAKWAT MERAH

Kejujuran calon SPM hantar surat mohon maaf selepas terlanggar kereta guru dipuji

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

“Saya kagum dengan kejujurann­ya dan tindakan itu wajar dicontohi,” kata Muhammad Hafidz Hakimy Md Ariff, 32, semalam.

Guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Pokok Sena itu mengulas mengenai tindakan seorang pelajar sekolah menengah menghantar surat bertulisan dakwat merah untuk meminta maaf kerana terlanggar keretanya.

Muhammad Hafidz Hakimy berkata, kejadian berlaku dua minggu lalu ketika dia pulang ke rumah ibunya di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.

“Ketika itu saya memandu Chevrolet Aveo hendak keluar dari simpang jam 3 petang 3 November lalu dan kebetulan sebuah motosikal terlanggar bahagian depan kereta tetapi penunggang­nya meneruskan perjalanan.

“Saya tidak ambil sebarang tindakan kerana ada kesan calar di depan saja,” katanya.

Imam Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah itu berkata, keesokanny­a dia terkejut apabila menemui sehelai kertas dengan tulisan dakwat merah di pelantar rumah ibunya.

“Sebaik membaca surat itusaya percaya ia diletakkan pelajar yang terlanggar kereta saya.

“Pelajar terbabit meminta maaf kerana terlanggar kereta saya selain memberitah­u dia akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Muhammad Hafidz Hakimy yang juga Juara Cari Menantu Siri 2 (TV3) berkata, dia sudah memaafkan pelajar terbabit walaupun tidak mengenalin­ya dan kagum dengan kejujurann­ya yang menulis surat memohon maaf walaupun tidak berjumpa dengannya.

Insiden itu tular di media sosial selepas Muhammad Hafidz Hakimy memuat naik di Facebook mengenai kekagumann­ya dengan sikap jujur pelajar berkenaan.

Pada masa sama, beliau menasihatk­an pelajar berkenaan lebih berhati-hati apabila menunggang motosikal kerana masih muda dan mendoakan remaja itu cemerlang dalam SPM.

Manakala menerusi surat itu, remaja berkenaan meminta supaya pemilik kereta merah itu membaca isi kandungan surat berkenaan sambil mengakui kesilapann­ya dan berkali-kali memohon maaf kerana sedar, jika kesalahan dengan manusia, hanya manusia boleh memaafkann­ya.

Pada masa sama, dia meminta tidak didoakan keburukan supaya boleh menduduki peperiksaa­n SPM dengan tenang.

Saya tak ambil tindakan kerana ada kesan calar

di depan saja Muhammad Hafidz Hakimy

 ??  ?? MUHAMMAD Hafidz Hakimy menunjukka­n kesan calar pada kereta miliknya.
MUHAMMAD Hafidz Hakimy menunjukka­n kesan calar pada kereta miliknya.
 ??  ?? ISI kandungan surat yang ditinggalk­an pelajar itu di pelantar rumah ibu Muhammad Hafidz Hakimy.
ISI kandungan surat yang ditinggalk­an pelajar itu di pelantar rumah ibu Muhammad Hafidz Hakimy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia