Harian Metro

Tiga beradik sukar kawal emosi

-

Bachok: Perjalanan terakhir tiga beranak yang maut dibunuh di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Rabu lalu ditangisi ahli keluarga terutama si kecil berusia lapan tahun yang masih trauma dengan apa yang berlaku.

Kha Xiang Shyen sempat bersembuny­i di dalam rumah ketika ibu bapa, Kha Eng Ni, 42, Chua Joo Seok, 37, dan abangnya, Kha Zee Hanz, 13, dibunuh kejam manakala kakaknya, Kha Xing Rhuu,

15, cedera.

Ketika jasad ketiga-tiganya disembahya­ngkan dan dikebumika­n, Xiang Shyen kelihatan menangis tanpa henti. Di sisinya, Xing Rhuu dan kakak sulung, Kha Xing Fei, 18, yang menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) ketika kejadian berlaku turut menangis pilu.

Bapa saudara mereka, Kha Eng Choon, 51, yang juga abang sulung mendiang Eng Ni berkata, tiga beradik itu terlalu sedih dan sukar mengawal emosi kerana kehilangan orang tersayang.

“Saya masih tidak dapat bercakap dengan mereka mengenai apa yang berlaku memandangk­an keadaan tidak mengizinka­n.

“Emosi mereka perlu dipulihkan terlebih dahulu dan keluarga akan bincang hal penjagaan mereka selepas semuanya reda.

“Mereka memerlukan kaunseling untuk menghilang­kan trauma dan berharap ada pihak sudi membantu,” katanya ketika ditemui di Kampung Balai, Perupok, di sini, semalam.

Terdahulu, jasad tiga beranak itu dikebumika­n pada jam 12.15 tengah hari di tanah milik keluarga di Kampung Merabang, di sini.

Eng Choon berkata, dia sangat rapat dengan keluarga mendiang adiknya yang juga anak ketiga daripada lima beradik, malah setiap minggu mereka akan berkumpul dan mengadakan majlis makan-makan.

“Kehilangan­nya amat dirasai kerana dia dan isteri sangat baik. Ketika hari kejadian, mendiang adik ada hubungi saya pada jam 9 pagi dan bercakap hal kerja.

“Tetapi dia tidak pernah memaklumka­n ada masalah dengan pekerja (yang membunuh mereka) kerana hubungan mereka rapat dan dia juga selalu memuji lelaki itu rajin.

“Tidak sangka lelaki itu membunuh adik saya kerana sudah tiga tahun dia bekerja dan sudah dianggap bagai keluarga. Saya harap polis dapat tangkap lelaki itu dan memberi hukuman setimpal,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia