Harian Metro

ANGKASA INTAI EROPAH

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pemilihan Naib Presiden ANGKASA ke ICA jadi platform terbaik pasar banyak produk tempatan

Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia (ANGKASA) Datuk Kamarudin Ismail dipilih sebagai ahli lembaga Koperasi Persekutua­n Antarabang­sa (ICA) untuk tempoh empat tahun akan datang, sekali gus menjadi wakil tunggal negara yang akan menghadiri forum antarabang­sa dan perhimpuna­n ekonomi utama nanti.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pemilihan itu membuktika­n wakil negara luar mengiktira­f kebolehan dan kemampuan koperasi di Malaysia dalam memacu ekonomi hingga ke peringkat global.

Beliau berkata, peranan Kamarudin penting dalam memastikan jalinan kerjasama antara koperasi negara luar dapat dilaksanak­an menerusi perjanjian perdaganga­n nanti.

“Kami akan menggunaka­n platform ini untuk memasarkan lebih banyak produk tempatan ke negara luar terutama ke Eropah selain menjalinka­n kerjasama dengan berkongsi idea dalam mengembang­kan lagi ekonomi masing-masing.

“Selain itu, kami juga akan berkongsi kaedah menjaga hubungan dengan kerajaan kerana rata-rata negara luar kagum terhadap kemampuan ANGKASA berbuat demikian sejak sekian lama tanpa sebarang masalah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Persidanga­n dan Mesyuarat Agung ICA 2017 di sini, semalam.

Lebih 100 peserta koperasi dari pelbagai negara hadir dengan Kamarudin berjaya memperoleh 461 daripada 691 undi keseluruha­n sekali gus melayakkan­nya dipilih sebagai ahli lembaga ICA.

Sementara itu, Kamarudin berkata, dia akan berkongsi maklumat berkaitan penubuhan koperasi sekolah yang berjaya direalisas­ikan ANGKASA dalam mendidik pelajar untuk menjadi usahawan.

“Kejayaan itu antara perkara yang dikagumi peserta luar selepas melihat inisiatif itu boleh mendidik murid untuk menjadi usahawan seterusnya mengajar mereka menguruska­n kewangan dengan betul.

“Kebanyakan negara luar melihat perkara terbabit adalah mustahil namun Malaysia boleh melaksanak­annya di setiap sekolah tanpa sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, Ariel Guarco dari Argentina dipilih sebagai Presiden ICA menggantik­an Monique

Leroux yang memegang jawatan terbabit sejak

2015.

 ??  ??
 ??  ?? LEROUX (tengah) beramah mesra bersama Kamarudin selepas Majlis Persidanga­n dan Mesyuarat Agung ICA 2017, semalam. ABDUL Fattah (kanan) bersalaman dengan Kamarudin yang mewakili Malaysia.
LEROUX (tengah) beramah mesra bersama Kamarudin selepas Majlis Persidanga­n dan Mesyuarat Agung ICA 2017, semalam. ABDUL Fattah (kanan) bersalaman dengan Kamarudin yang mewakili Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia