Harian Metro

PUKUL SAMPAI LUNYAI SAMYANG PUN REMBAT

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka

Bapa enam anak berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan mendera anak tiri lelaki berusia 12 tahun dua minggu lalu.

Tertuduh, Hafizan Hassan, 40, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya mangsa dengan menumbuk bahagian muka, memukul badan dan memijak kepala hingga menyebabka­n muka serta belakang badan kanak-kanak itu lebam.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 3 November 2017.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangk­an jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili Peguam Bela Ishak Kari merayu jaminan dikurangka­n atas alasan anak guamnya menanggung enam anak dengan lima daripadany­a masih bersekolah serta isteri tidak bekerja.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma kemudian menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintah­kan jaminan ditarik semula jika tertuduh cuba mendekati mangsa hingga kes selesai.

Melaka

Penuntut universiti awam dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai jenis barangan termasuk mi segera Samyang dari Korea milik pasar raya Aeon Bandaraya, bulan lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhka­n hukuman itu ke atas Nur Edayu Shamsudin, 23, selepas tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat curang mengambil enam paket Milo, dua unit Nestum, empat unit Samyang, enam unit Nescafe, empat karton susu F&N, dua unit minyak masak Seri Murni dan dua unit minyak masak cap Buruh berjumlah RM640.72 tanpa membuat pembayaran.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 10.50 pagi di pasar raya Aeon Bandaraya Melaka pada 29 Oktober 2017.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashanga­ri mencadangk­an hukuman setimpal ke atas tertuduh atas faktor kekerapan kejadian curi di pasar raya berkenaan di negeri ini.

Tertuduh diwakili Peguam Bela Nik Norhaizun Che Mat bagaimanap­un merayu hukuman rendah diberikan dengan alasan tertuduh baru tamat pengajian dalam bidang pelanconga­n dan perhotelan dan dijangka menghadiri graduasi April tahun depan, selain sudah insaf dengan tindakanny­a.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus menjatuhka­n hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 atau dua bulan penjara jika gagal bayar.

Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Lelaki berdepan hukuman penjara 20 tahun dera anak tiri

Penuntut universiti dipenjara sehari curi pelbagai barangan

bernilai RM640.72

Klang

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZAN (tengah) diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.
HAFIZAN (tengah) diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia