Harian Metro

Terasa macam ratu

-

Kuala Lumpur: “Tak sangka memenangi pertanding­an ini. Saya terasa seperti ratu apabila dipakaikan mahkota dan mendakap piala apabila dipilih sebagai pemenang pertama Gorgeous Teens,” kata Teh Sook Yan, 14, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Titiwangsa, di sini, kelmarin.

Teh mendapat tempat pertama daripada 48 pelajar sekolah itu dalam Gorgeous Teens iaitu program untuk pelajar yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Dia berkata, kemenangan itu meningkatk­an keyakinan dirinya biarpun hanya berjaya mengurangk­an empat kilogram tetapi ilmu yang diperoleh sepanjang enam bulan itu akan dimanfaatk­an untuk mengurangk­an berat badannya yang mencecah 80 kilogram kini.

“Kemenangan ini meningkatk­an lagi semangat saya untuk mencapai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram.

“Malah, ibu saya juga yang berdepan masalah sama mahu menuruti langkah saya menurunkan berat badan dengan langkah yang betul.

“Antara cabaran utama saya sepanjang enam bulan mengikuti program ini ialah saya pernah rasa malas untuk mengikuti aktiviti disediakan.

“Namun, semakin lama saya rasa seronok dan tak mahu tertinggal walau satu aktiviti pun.

“Paling susah bagi saya ialah tunduk dalam keadaan berdiri dan menyentuh lantai,” kata anak kacukan Siam iaitu ibunya, Phaprasili Mibun, 49, dari Bangkok, Thailand manakala bapanya, Teh Siong Chong, 51, dari Pulau Pinang.

Katanya, selain mengikuti aktiviti Gorgeous Teen di sekolah termasuk senamrobik, penyediaan makanan seimbang, senaman serta fisioterap­i, dia juga menetapkan disiplin jadual sendiri di rumah sekurang-kurangnya mengayuh basikal dua jam sehari selain mengehadka­n pengambila­n makanan segera dan snek.

Teh yang bercita-cita menjadi usahawan kek itu berkata, selama ini dia selalu teringin untuk memakai pakaian cantik namun terpaksa memendam hasrat itu berikutan kesukaran mencari saiz sesuai dengan tubuh badannya.

“Itu juga antara sebab saya bersungguh-sungguh berdisipli­n mengikuti program Gorgeous Teen ini di sekolah dan menyambung aktiviti seumpamany­a di rumah termasuk melakukan tekan tubi,” kata anak sulung yang turut mempunyai adik lelaki Teh Wai Kit, 13, juga mempunyai tubuh badan besar.

 ?? Teh Sook Yan ?? Kemenangan ini meningkatk­an lagi semangat saya untuk mencapai berat badan sekurang-kurangnya
50 kilogram”
GURU Besar SMK Puteri Titiwangsa, Rohana Yusof
(kanan) bersama Dr Inthirani menyampaik­an hadiah kepada kepada Teh yang berjaya...
Teh Sook Yan Kemenangan ini meningkatk­an lagi semangat saya untuk mencapai berat badan sekurang-kurangnya 50 kilogram” GURU Besar SMK Puteri Titiwangsa, Rohana Yusof (kanan) bersama Dr Inthirani menyampaik­an hadiah kepada kepada Teh yang berjaya...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia