Harian Metro

Pecah rumah pegawai polis 6 TERKUTUK

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Azab dilalui seorang wanita apabila diculik sekumpulan kongsi gelap Myanmar sebelum mangsa diperkosa beramai-ramai di sebuah rumah di Selayang, Selangor, kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 28 tahun dan menetap di Jalan City, Dengkil, Selangor, diculik enam lelaki tidak dikenali di rumahnya jam 2.30 pagi menggunaka­n dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza sebelum dilari ke Selayang.

Katanya, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun dikurung di sebuah rumah dalam keadaan kaki serta tangan diikat bagi mengelak melarikan diri.

“Hasil maklumat diterima, mangsa diculik enam suspek berusia 30-an berikutan suaminya enggan membayar wang perlindung­an RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng,” katanya. Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang memecah masuk rumah seorang pegawai kanan polis Bukit Aman di Kampung Gong Tok Nasek di sini, Rabu lalu ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu. Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, seorang lelaki berusia 41 tahun bertindak memecah masuk rumah pegawai polis wanita terbabit yang berusia 32 tahun dengan mengumpil tingkap dapur sebelum masuk ke dalam bilik anak mangsa.

Samseng Myanmar culik, perkosa isteri orang

Menurutnya, mangsa turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan itu.

Dia berkata, wanita terbabit yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diseksa dan kemuncakny­a dia dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali sehingga pengsan.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri ketika semua suspek didapati sedang tidur.

“Mangsa kemudian meminta bantuan orang ramai menghubung­i bapa saudara sebelum dia dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Mengikut maklumat yang diterima, wanita berkenaan pernah melihat dua daripada lima suspek yang juga berasal dari Myanmar sering mengganggu keluargany­a untuk meminta wang perlindung­an.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil, di sini, untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia