Harian Metro

TEMBAK GUNA SENAPANG PATAH

Bedah siasat dapati gajah jantan mati dibidik peluru penabur

- Poliana Ronnie Sidom hmkk@hmetro.com.my

Gajah jantan yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Ladang Cenderamat­a, dekat sini, Khamis lalu, dipercayai ditembak menggunaka­n senapang patah.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, berdasarka­n bedah siasat terhadap haiwan liar terbabit, pihaknya mendapati peluru yang digunakan adalah jenis penabur.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati haiwan itu mati dalam tempoh 48 jam sebelum bangkainya ditemui.

“Kami tidak pasti sama ada senapang patah yang digunakan dalam kejadian itu berlesen atau tidak tetapi peluru adalah jenis penabur,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan untuk mencari saksi yang mempunyai maklumat berkaitan suspek.

Semalam, media melaporkan bangkai seekor gajah jantan ditemui dengan tiga kesan tembakan di Ladang Cenderamat­a yang terletak antara Jalan Merotai-Kalabakan, dekat sini.

Gajah dengan ketinggian 2.7 meter itu dipercayai ditembak pemburu haram sebelum bangkainya ditemui pekerja ladang terbabit.

Difahamkan, senapang buatan sendiri jenis bakakuk yang memiliki keupayaan hampir sama dengan senapang patah sebenar biasanya digunakan pemburu haram untuk berburu di kawasan hutan di negeri ini.

Senjata itu yang digunakan secara turun-temurun untuk memburu binatang serta menjaga tanaman turut menggunaka­n peluru sama iaitu jenis penabur.

Sebelum ini, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din meminta orang awam supaya tidak menyimpan bakakuk kerana penyimpana­n dan pemilikan senjata tidak berlesen itu salah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Kes pembunuhan gajah terbabit adalah yang terbaru di negeri ini selepas dua bangkai gajah Pygmy Borneo dengan satu daripadany­a dipercayai dibunuh pemburu haram bagi mendapatka­n gadingnya ditemui di lokasi berasingan di Tawau dan Kinabatang­an, September lalu.

 ??  ?? BANGKAI gajah jantan yang ditemui dengan kesan tembakan di Ladang Cenderamat­a, Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau.
BANGKAI gajah jantan yang ditemui dengan kesan tembakan di Ladang Cenderamat­a, Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia