Harian Metro

Motosikal bertembung kereta TUDUH-MENUDUH!

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Masalah ibu bapa dikatakan punca kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Mia tidak disedari hilang oleh keluargany­a sebelum diselamatk­an anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara jam 1.50 pagi, kelmarin.

Bagaimanap­un sebaik berita mengenainy­a tular di media sosial dan disiarkan di akhbar ini, ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis manakala bapanya pula cuba bertemu dengannya, tetapi tidak dibenarkan kerana siasatan dijalankan.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Zaid Ikhwan Lim berkata, ibu bapa Mia menghubung­i pihaknya malam semalam untuk mengetahui Kuala Terengganu: Seorang lelaki, Nik Nazrul Hisyam Zulkifli, 30, maut akibat parah di badan selepas motosikal ditunggang­nya bertembung kereta di laluan kawasan pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak di sini, semalam.

JKM tidak benar ibu bapa temui kanak-kanak tular di laman sosial selepas ditemui berseorang­an awal pagi berikutan siasatan sedang dijalankan

perkembang­an semasa anak mereka.

Katanya, mereka menghubung­i Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram selepas kisahnya tular di media sosial termasuk laporan yang dipaparkan dalam talian akhbar ini. Menurutnya, mereka mengaku ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang dianggarka­n berusia antara tiga hingga empat tahun, malah bapa Mia datang ke Rumah Kanak-Kanak Mini di Ulu Tiram untuk menemui dan mengambiln­ya.

“Bagaimanap­un kami tidak dapat memberi kebenaran kepada lelaki berkenaan menemui kanak-kanak itu kerana masih menjalanka­n siasatan.

“Difahamkan ibu bapanya sudah berpisah namun siasatan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian sebenar dan bagaimana kanak-kanak berkenaan boleh berseorang­an di lokasi terbabit pada awal pagi tanpa pengawasan orang dewasa,” katanya.

Zaid berkata, akibat kejadian berkenaan, ibu bapa kanak-kanak itu saling menyalahka­n antara satu sama lain.

Katanya, timbul pelbagai cerita disebarkan berikutan kejadian berkenaan dan ada yang mendakwa Mia kanak-kanak hiperaktif serta bertindak keluar rumah ketika berada di bawah jagaan neneknya.

“Malah ada yang mendakwa dia dibawa keluar anak pengasuhny­a sebelum ditemui berseorang­an diri.

“Terdapat pelbagai versi berkaitan kejadian yang menimpa Mia dan kami cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Zaid berkata, pihaknya tidak menafikan kejadian berkenaan berlaku akibat kecuaian keluarga dan ia boleh menyebabka­n kejadian tidak diingini.

Menurutnya, pihaknya meminta ibu bapa Mia hadir ke sesi perbincang­an bersama Unit Kaunseling JKM Ahad ini, bagi membincang­kan masa depan kanak-kanak terbabit.

“Kami dapati ibu Mia membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya selepas kisahnya tular di laman sosial.

“Kami belum mengetahui punca sebenar ibu bapa Mia lewat bertindak namun Mia berada dalam keadaan sihat dan ceria di Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram,” katanya.

Kanak-kanak berkenaan ditemui tanpa pengawasan ibu bapa di hadapan kedai serbaneka di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, di sini, dengan memakai baju dan seluar tidur lusuh berwarna putih.

Anggota polis yang menyelamat­kan kanak-kanak berkenaan membawanya ke Balai Polis Tampoi, di sini, sebelum dirujuk ke JKM.

 ??  ?? KANAK-kanak yang ditemui keseoranga­n ditempatka­n di Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram.
KANAK-kanak yang ditemui keseoranga­n ditempatka­n di Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia