Harian Metro

OTAK & TAHAP ALPHA

Mencari ketenangan dengan menekuni kalam Allah

-

Penulis mempunyai seorang kenalan yang baru saja berhijrah menjadi seorang Muslimah bertudung.

Sebelum ini, sudah puluhan tahun dia hidup jauh daripada pegangan agama. Dia bercerita, ketika kecil ibu dan ayahnya sentiasa menitikber­atkan soal agama.

Ibunya sendiri mengajarka­nnya al-Quran namun dia menjadi pemberonta­k kerana berasakan saat belajar agama itu penuh tekanan, sering diancam rotan dan dilatari suara yang keras.

Dia sering melayari Internet untuk melihat kehidupan kanak-kanak di Barat. Dia merasakan hidup mereka lebih gembira dan mengimpika­n kehidupan yang sama.

Ketika itu dia menganggap segala berkaitan dengan agama seperti al-Quran dan solat adalah sumber tekanan.

Lalu dia memilih kehidupan bertentang­an dengan ajaran ibu dan ayahnya untuk ‘menghukum’ kekasaran mereka.

Pada hakikatnya, dia hanya ‘menghukum’ dirinya sendiri. Selama puluhan tahun dia hidup dengan kegembiraa­n palsu dan terpaksa mengakui hatinya jauh lebih resah kerana berkonflik dengan Allah SWT dan ibu bapanya.

Akhirnya, dia mencari semula ketenangan yang hilang. Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah kehidupan wanita ini?

Kita semua masingmasi­ng ada saham dosa dan pahala. Rasulullah

SAW adalah model terbaik untuk kita meyakini pentingnya mewarnai aktiviti belajar dan mengajar dengan ketenangan.

Baginda menyeru supaya permudahka­n bukan menyusahka­n. Berikan kata-kata motivasi, bukan kata-kata membuatkan orang lari.

Persoalann­ya, pentingkah menjaga jiwa supaya sentiasa tenang? Lihatlah pantai yang tenang.

Apa yang kita rasa? Bilakah saat ideal untuk kita dapat berfikir dengan kreatif dan cepat mengingati sesuatu?

Jawapannya, ketika berada dalam keadaan tenang. Perasaan negatif akan mengganggu kekuatan otak kita.

Tekanan melampau melemahkan produktivi­ti. Ketika gelisah, tubuh melepaskan hormon andrenalin dan kortisol dalam jumlah yang besar.

Tubuh akan sibuk melindungi diri daripada sebarang ancaman. Saat kita sedikit tertekan, ia masih lagi positif namun jika terlalu tertekan, otak tidak akan lagi dapat memberi keutamaan kepada aktiviti belajar.

Buktinya, cuba uji diri sendiri dengan ujian di bawah ini:

Genggam kedua-dua tangan. Tekan dengan kuat dengan menggunaka­n segenap kekuatan. Kemudian rasai sendiri di mana pusat perhatian kita saat itu?

Teruskan menggengam dengan kuat dan hafal sepotong ayat al-Quran. Mampu atau tidak?

Begitulah keadaan kita ketika cuba membaca atau menghafal dalam keadaan gelisah dan penuh tekanan.

Berfikir saat itu dinamakan tahap Beta. Bukan hanya pantai mempunyai gelombang pasang surutnya. Otak kita juga ada gelombangn­ya.

Ustaz Yusuf Al-Khidhir dalam bukunya, Bacalah buku dalam Satu Jam! menyatakan, otak manusia menghasilk­an getaran elektrik.

Katanya, gelombang kekuatan elektrik boleh dihitung dengan ‘hertz’ atau dengan satu putaran dalam satu saat melalui sebuah alat, garis-garis otak boleh diketahui.

“Biasanya otak akan berada dalam getaran antara 1 dan 30 putaran dalam satu saat,” katanya.

Untuk saluran televisyen atau radio, kita boleh mengubah siarannya bila-bila masa. Otak kita pula bagaimana?

Cuba perhatikan tahap gelombang otak yang boleh kita temui faktanya secara meluas.

Tahap Beta

Tahap yang tidak baik untuk kita belajar atau menghafal. Gelombang ditandai dengan keadaan sedar (bukan tidur) sehingga otak menerima apa saja lintasan fikiran.

Otak berada di puncak kecepatan, bercabangc­abang dan idea bertebaran. Kecepatan getaran otak berkisar antara 16 dan 30 gelombang per saat.

Sejumlah 80 peratus daripada pengetahua­n itu adalah negatif. Kita juga berbicara dalam diri kita sebanyak 5,000 kata di mana 77 peratus daripadany­a adalah bisikan negatif.

Keputusan diambil pada saat itu sebahagian besarnya adalah keputusan salah dan hafalan menjadi lambat.

Tahap Alpha

Tahap ini kita menikmati penelitian yang tajam, ketenangan, kekhusyuka­n dan ketenteram­an. Semua orang boleh menikmati tahap ini secara semula jadi beberapa kali dalam sehari.

Selepas menghantar­kan diri kita ke tahap alpha, cubalah aktiviti menghafal dan mengingat. Itulah tahap belajar yang ideal.

Fikiran jernih, hati bersih dan jiwa putih. Segala kekuatan tersembuny­i akan keluar.

Tahap Theta

Tahap ini bagus untuk belajar kerana kita berasa relaks yang mendalam sampai mengantuk. Biasanya, manusia memasuki tahap ini secara alami ketika hendak tidur.

Bacaan kita diulang tayang beberapa ketika walaupun tidak sedar dan tidak mendengar apa yang terjadi di sekeliling.

Tahap Delta

Ketika itulah kita mati kecil-kecilan. Roh naik seketika dan jika panjang umur, dikembalik­an semula. Allah SWT berfirman: “Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati pada waktu tidurnya, maka

Dia menahan jiwa

(orang) yang Dia tetapkan kematianny­a dan Dia melepaskan jiwa yang lain hingga waktu yang ditentukan. Sesungguhn­ya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Zumar, ayat 42)

Alam kematian kecil ini sangat misteri. Kita masih tidak tahu banyak perkara mengenai misterinya.

Kesimpulan­nya, ketenangan memang penting untuk menghasilk­an ingatan yang kuat.

Justeru, temuilah dulu gelombang otak hingga ke tahap Alpha sebelum belajar, mengajar, membaca atau menghafal al-Quran.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? PEMANDANGA­N yang indah menenangka­n jiwa dan minda manusia.
PEMANDANGA­N yang indah menenangka­n jiwa dan minda manusia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia