Harian Metro

TIPU NAK DISKAUN

 Pelajar, warga emas, OKU diperalat ahli keluarga salah guna kad konsesi MyRapid

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Golongan pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dikesan antara yang paling mudah diperalatk­an ahli keluarga sendiri dalam penyalahgu­naan kad konsesi MyRapid yang baru diperkenal­kan pada Julai lalu.

Tembelang itu pecah apabila MyRapid berjaya membongkar kegiatan penyalahgu­naan kad berkenaan dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan baru-baru ini bagi mengesan penyalahgu­naan kad konsesi membabitka­n pengguna sistem rel transit dan bas.

Dalam operasi selama dua hari, 81 kad konsesi terdiri daripada 48 kad konsesi pelajar, 31 kad konsesi warga emas dan dua kad konsesi OKU dirampas.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, kad konsesi MyRapid itu disediakan khusus untuk pelajar, warga emas dan OKU untuk menikmati kadar diskaun tambang hingga 50 peratus bagi semua perkhidmat­an di bawah kendalian Rapid KL.

“Dalam perkara ini, kami dapati ada pelajar yang diperalatk­an ahli keluarga mereka untuk memohon kad konsesi terbabit malah disalahgun­akan ahli keluarga sendiri untuk berulangal­ik ke tempat kerja.

“Bukan itu saja, terdapat juga kes di mana warga emas memberikan kad konsesi mereka kepada ahli keluarga untuk tujuan sama,” katanya.

Beliau menegaskan, kad konsesi MyRapid tidak boleh dipindah milik seperti mana tertakluk dalam terma dan syarat.

“Pengguna yang dikesan menyalahgu­nakan kad konsesi MyRapid akan disenarai hitam selain kad mereka juga akan dirampas.

“Pasukan pemantau MyRapid juga akan memperheba­tkan operasi ini sehingga tiada lagi yang berani melanggar undang-undang,” katanya. Pengguna yang ingin menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan penyalahgu­naan tiket boleh menghubung­i khidmat pelanggan Rapid KL di talian 0378852585 atau berhubung terus menerusi media sosial Rapid KL.

 ??  ?? ANTARA kad konsesi yang dirampas dalam operasi kesan penyalahgu­naan kad konsesi MyRapid.
ANTARA kad konsesi yang dirampas dalam operasi kesan penyalahgu­naan kad konsesi MyRapid.
 ??  ?? BEBERAPA kategori kad konsesi yang dirampas.
BEBERAPA kategori kad konsesi yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia