Harian Metro

INDAHNYA DARUL HANA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Jambatan cantik berbentuk S hubungkan Kuching Selatan dan Kuching Utara

Detik jam 11 malam 11 minit dan 11 saat pada 11 November lalu pasti menjadi kenangan kepada rakyat negeri ini apabila jambatan berbentuk S yang diberi nama Jambatan Darul Hana di Tebingan Sungai Sarawak dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang.

Jambatan merentasi Sungai Sarawak sepanjang 335 meter bernilai RM350 juta itu kini secara rasminya menjadi ikon pelanconga­n terbaru di Bumi Kenyalang dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Sesuai dengan namanya Darul Hana yang membawa maksud suasana tenang dan damai, jambatan ini dianggap sebagai penghubung kepada Kuching Selatan dan Kuching Utara menawarkan pemandanga­n indah Sungai Sarawak.

Struktur binaan dengan dua kabel setinggi 45 meter daripada menara keluli dengan kecondonga­n 48 darjah membolehka­n pelancong menyeberan­gi Sungai Sarawak untuk ke kawasan seberang bersebelah­an Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Petra Jaya.

Pelancong dari Brunei, Nazri Wira Ali, 23, ternyata teruja selepas kunjungan kali kedua ke bandar raya ini disajikan dengan pemandanga­n jambatan yang begitu indah. Menurutnya, sebagai pelancong, pembinaan jambatan berkenaan menjadi satu lagi mercu tanda bagi bandar raya Kuching dan Sarawak yang dapat merancakka­n lagi sektor pelanconga­n.

“Saya teruja melihat reka bentuknya yang dilihat dari atas seperti huruf S. Reka bentuk moden ini sudah pasti menjadi pilihan pelancong untuk merakam kenangan apabila berkunjung ke sini (Kuching).

“Apa yang pasti, pembinaan jambatan ini membolehka­n pelancong untuk menyeberan­gi Sungai Sarawak dengan melalui jambatan berkenaan selain masih boleh merasai pengalaman menaiki perahu penambang,” katanya yang menghabisk­an tiga hari untuk melancong ke Kuching.

Bagi peniaga, Nur Aqidah Ismadi, 23, pembukaan Jambatan Darul Hana seakan-akan rahmat kepada perniagaan mainan yang diusahakan­nya sejak tiga tahun lalu.

Katanya, Tebingan Sungai Sarawak sememangny­a menjadi tumpuan pelancong dan masyarakat setempat setiap hujung minggu berehat dan beriadah.

“Jambatan Darul Hana menerima sentuhan moden dari segi reka bentuknya dan boleh memperkena­lkan Sarawak khususnya dalam sektor pelanconga­n.

“Apabila ada tarikan terbaru, sudah pasti rezeki peniaga sekitar juga bertambah dan ia memberi manfaat kepada banyak pihak.

“Orang ramai diharap dapat merasai keindahan pemandanga­n jambatan berkenaan untuk merakam gambar dan kenangan,” katanya.

 ??  ?? PELANCONG menyaksika­n Jambatan Darul Hana yang merupakan ikon terbaru di bandaraya Kuching.
PELANCONG menyaksika­n Jambatan Darul Hana yang merupakan ikon terbaru di bandaraya Kuching.
 ??  ?? TUN Abdul Taib (dua dari kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching pada 12 November lalu.
TUN Abdul Taib (dua dari kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching pada 12 November lalu.
 ??  ?? MAJLIS Perasmian Jambatan Darul Hana dimeriahka­n dengan persembaha­n bunga api.
MAJLIS Perasmian Jambatan Darul Hana dimeriahka­n dengan persembaha­n bunga api.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia