Harian Metro

Sambutan hangat pertanian bandar dorong PBT perluas inisiatif

-

haram di bawah kawasan PBT berkenaan.

Katanya, pendekatan yang dilaksanak­an itu juga membolehka­n penduduk bekerjasam­a rapat dengan MPSJ terutama dalam menyalurka­n aduan secara terus kepada mereka.

“Sebelum program ini diwujudkan, kita sentiasa menerima aduan berlakunya kegiatan tanaman secara haram. Jadi, ini pendekatan yang diambil dalam menangani masalah itu menerusi projek perintis di Pangsapuri Garnet pada 2013.

“Pada masa sama, ia menjadi landasan kepada MPSJ menjalin hubungan akrab dengan penduduk setempat terutama dalam menyalurka­n aduan.

“Ia memberi kesan positif sebaik saja

Kebun Komuniti ini dilaksanak­an,” katanya.

Sejak dimulakan pada

2013, 21 Kebun Komuniti diwujudkan membabitka­n 556 peserta di dalam kawasan MPSJ yang mengusahak­an tanaman seperti sawi, kangkung, bayam, kailan, terung, cili dan timun.

Selain itu, Mohamad

Rafidzi berkata, menerusi program berkenaan, komuniti terbabit dibantu secara ‘one-off’ terdiri daripada tanah, anak pokok serta benih tanaman.

Bagaimanap­un katanya, mereka mempertimb­angkan beberapa faktor sebelum meluluskan permohonan komuniti untuk mewujudkan kebun terbabit antaranya kesesuaian serta jarak tapak kebun.

“Kita menerima sekitar lapan permohonan setahun tetapi tidak semuanya diluluskan memandangk­an kawasan dicadangka­n itu bukan di bawah MPSJ.

“Kita juga mahu memastikan jarak kebun dan rumah mereka tidak begitu jauh.

“Terdapat tiga kategori komuniti yang terbabit dalam program ini iaitu rendah (pangsapuri), sederhana (rumah teres) dan tinggi (kawasan elit).

“Namun, kita kini ingin memberi lebih fokus kepada pangsapuri melalui kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia