Harian Metro

CAPAI SASARAN TERTINGGI

- BERNAMA

Malaysia mencatat pertumbuha­n 6.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini, dengan pencapaian itu membuktika­n pengurusan ekonomi negara berada di landasan betul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pencapaian itu menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuha­n ekonomi tertinggi di dunia tahun ini.

Beliau berkata, pencapaian itu selaras tuntutan Islam iaitu dengan sentiasa meletakkan sasaran terbaik dan tertinggi di dalam semua urusan dilaksanak­an.

“Sebagai umat Islam, kita kena tetapkan tahap kecemerlan­gan yang perlu dicapai, sekali gus menjadikan apa yang kita buat ada sasaran seperti terbaik, tertinggi, yang kedua-duanya membawa makna cemerlang,” katanya ketika merasmikan Surau Mahmoodiah, Presint 18 di sini, semalam.

Najib, yang sebelum itu mempengeru­sikan mesyuarat Jemaah Menteri turut menyertai penduduk setempat menunaikan solat Jumaat di surau baru itu yang boleh memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Perdana Menteri berkata, walaupun mengamalka­n prinsip wasatiyyah iaitu kesederhan­aan namun dalam hal pentadbira­n negara, ia mesti meletakkan kecemerlan­gan sebagai penanda aras.

Beliau berkata, selain ekonomi, pentadbira­n agama juga berada di tahap cemerlang dan bertaraf dunia seperti pengurusan Tabung Haji khususnya dalam hal mengendali­kan jemaah haji.

“Ini semua berkat kita berpegang kepada Maqasid Syariah yang sentiasa meletakkan kepentinga­n pada yang hak,” katanya.

Mengenai surau itu, Najib berkata beliau begitu kagum dengan keindahan reka ciptanya malah menyifatka­n ia sebagai antara surau paling selesa dan indah pernah dikunjungi­nya.

Mula dibina pada April 2015 dengan kos RM4 juta sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp), surau itu digunakan untuk solat Jumaat buat kali pertama pada 26 Mei lalu.

Terletak bersebelah­an Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, surau itu dilengkapi dewan solat utama, pejabat pentadbira­n, bilik pengurusan jenazah, dewan serbaguna, kuarters imam dan bilal serta tempat wuduk lelaki dan perempuan.

Pertumbuha­n KDNK 6.2% bukti pengurusan

ekonomi negara pada landasan betul

 ??  ?? NAJIB mengaminka­n doa pada Majlis Perasmian Surau Mahmoodiah Presint 18, semalam.
NAJIB mengaminka­n doa pada Majlis Perasmian Surau Mahmoodiah Presint 18, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia