Harian Metro

Rimas terima banyak panggilan tipu

-

Orang ramai mula merasai ‘bahang’ kes kebocoran 46.2 juta data peribadi pengguna telefon pintar apabila menerima lambakan panggilan telefon dan mesej menjurus kepada penipuan serta mempromosi­kan sesuatu produk atau perkhidmat­an.

Ramai pengguna mengadu resah apabila menerima banyak panggilan telefon kononnya daripada agensi kewangan atau insurans yang menawarkan pinjaman peribadi, perlindung­an insurans serta mesej judi dalam talian.

Tidak kurang juga panggilan dan mesej memaklumka­n pemilik nombor telefon mengandung­i hutang tertunggak dipercayai sengaja dihantar sindiket.

Seorang pengguna yang juga eksekutif kewangan, Mustafa Ahmad, 40, berkata, dia menerima banyak panggilan telefon daripada individu mendakwa ejen pelbagai agensi pelanconga­n dan ejen pelaburan.

“Saya pernah melayan panggilan ini. Apabila ditanya mereka memberikan jawapan selamat kononnya mendapat nombor telefon saya menerusi rekod pelanggan walaupun saya tidak pernah menjalanka­n sebarang urusan dengan syarikat itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk A Thaiveegan menasihatk­an rakyat Malaysia lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej yang meragukan.

“Jika berlaku sesuatu yang penting, pihak bank menghantar surat atau pihak polis datang ke rumah anda. Banyak informasi kita berada dalam talian. Jika anda ada media sosial, anda sebenarnya memberi informasi peribadi anda secara sukarela,” katanya.

 ??  ?? THAIVEEGAN
THAIVEEGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia