Harian Metro

Pemintaan dalam negeri pacu ekonomi

-

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia terus mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.2 peratus pada suku ketiga 2017.

Prestasi itu dipacu permintaan dalam negeri dan eksport yang baik serta menjadi pertumbuha­n suku tahun tertinggi dicatatkan sejak suku kedua 2014.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuha­n ekonomi negara terus disokong oleh permintaan dalam negeri terutama perbelanja­an sektor swasta.

Katanya, permintaan domestik berkembang 6.6 peratus pada suku ketiga tahun ini didorong pengembang­an perbelanja­an sektor swasta (7.3 peratus) dan perbelanja­an sektor awam (4.1 peratus).

“Ekonomi Malaysia berada pada landasan mencatat pertumbuha­n lebih tinggi sebanyak 5.2 hingga 5.7 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016 berikutan prestasi kukuh berterusan pada suku ketiga.

“Angkanya nampak baik dengan sektor eksport menunjukka­n pertumbuha­n dua angka dan kami benar-benar berharap ada kejutan menyenangk­an tahun ini,” katanya pada sidang media pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017, di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan suku ketiga menunjukka­n KDNK berkembang pada tahap lebih cepat pada 6.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada suku sama tahun lalu.

Ditanya mengenai tekanan berterusan ke atas kos hidup yang dihadapi rakyat, Muhammad berkata, BNM maklum rakyat tidak merasakan pertumbuha­n (ekonomi) disebabkan tekanan hidup berterusan terutama yang dihadapi kumpulan isi rumah berpendapa­tan bawah 40 peratus (B40).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia