Harian Metro

LIMA SAINTIS TERHEBAT

-

Penyelidik tanah air kongsi pengalaman kepakaran dalam bidang sains dan teknologi

“Saya juga pernah berputus asa untuk meneruskan bidang ini. Namun, saya perlu paksa diri untuk tamatkan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) walau sesusah mana pun,” Nur Adlyka Ainul Annuar, 27.

Beliau adalah seorang daripada lima penyelidik dan saintis terkenal tanah air yang berkongsi pengalaman kerjaya sebagai saintis seawal dari peringkat pascasiswa­zah sehingga memulakan kerjaya sebagai penyelidik dalam Forum Khas Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Dunia Pascasiswa­zah, Keilmuan, Keperluan atau Keterpaksa­an dengan kerjasama MajalahSai­ns.Com di sini, semalam.

Nurul Adlyka menempa nama dalam bidang penyelidik­an saintifik mengenai penemuan

(lohong hitam supermasif).

“Menjadi seorang saintis bukan perkara mudah. Malah, mereka perlu mempunyai jiwa yang tidak mudah mengalah dalam menyelesai­kan sesuatu masalah,” katanya ketika ditemui pada forum berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama, Penyelidik Kimia Universiti Teknologi Malaysia Dr Mohd Bakri Bakar, Penyelidik Imunologi Universiti Sains Malaysia dan Aktivis #MedTweetMy Dr Maryam Azlan, Penyelidik Bioteknolo­gi Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan Penggiat Bidang Astronomi Shahrin Ahmad yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi.

Menurut Nurul Adlyka, mahasiswa masa kini perlu minat dan komited terhadap pengajian yang mereka pilih di peringkat universiti supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Sebelum menyambung pengajian ke peringkat PhD, mahasiswa perlu melihat kepada keperluan pada ma“Mereka sa hadapan.

“Jika mempunyai azam mahu menjadi pensyarah mahupun penyelidik, pengajian ke peringkat PhD digalakkan apabila setiap usaha itu disumbangk­an kembali kepada negara,” katanya yang juga penuntut PhD dalam bidang Astrofizik di Pusat Astronomi Ekstragala­ktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom.

Sementara itu, Dr Wan Wardatul Amani berkata, masyarakat perlu mengubah persepsi mengenai kerjaya penyelidik dan saintis yang dikatakan hanya duduk di dalam makmal saja.

perlu tahu setiap kerja dilakukan itu bukan senang. Malah, ia mengambil masa tiga tahun hanya untuk menyelesai­kan masalah dalam sesuatu bidang membabitka­n sains.

“Bukan itu saja, kemahiran berkomunik­asi di antara penyelidik dan masyarakat juga penting dalam menyampaik­an sesuatu maklumat menggunaka­n cara mudah supaya dapat meningkatk­an minat masyarakat dalam bidang sains selaras menuju wawasan 2020,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Dr Mohd Bakri, Dr Wan Wardatul, Dr Nur Adlyka, Dr Maryam, Shahrin dan Pengerusi Pusat Fizik dan Bahan Novel FST UKM, Prof Madya Dr Faizal Mohamed pada Forum Dunia Pascasiswa­zah Keilmuan Keperluan atau Keterpaksa­an di UKM, Bangi.
DARI kiri Dr Mohd Bakri, Dr Wan Wardatul, Dr Nur Adlyka, Dr Maryam, Shahrin dan Pengerusi Pusat Fizik dan Bahan Novel FST UKM, Prof Madya Dr Faizal Mohamed pada Forum Dunia Pascasiswa­zah Keilmuan Keperluan atau Keterpaksa­an di UKM, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia