Harian Metro

Lapan perompak belum cukup licik tumpas

-

Belum cukup licik apabila sekumpulan perompak tidak menyedari wajah mereka dirakam 10 kamera litar tertutup (CCTV) ketika memecah masuk sebuah kedai barangan elektrik di Plaza Citra Kajang, di sini.

Walaupun kejadian berlaku pada 21 September lalu namun gambar diperoleh mampu menjadi petunjuk kepada polis untuk menjejaki suspek yang menetap di Sri Kembangan, Selangor.

Lapan suspek terbabit diberkas polis semalam selepas menyerbu rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, hasil maklumat risikan dilakukan, pihaknya menahan semua suspek selain merampas 23 telefon bimbit dan pelbagai peralatan untuk memecah rumah.

“Polis Daerah Kajang sebelum ini laporan polis daripada seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pengurus kedai elektrik memaklumka­n premis tempatnya bekerja dipecah masuk.

“Hasil pemeriksaa­n, mangsa mendapati pintu jeriji diumpil dan barangan berselerak. Semakan lanjut mendapati 22 telefon pintar pelbagai model dan wang tunai RM 5,461 hilang. Jumlah kerugian dianggarka­n bernilai lebih kurang RM 42,995,” katanya. Tampil berpakaian persis anggota polis yang melakukan rondaan sebelum merampas barangan milik mangsa.

Itu adalah modus operandi lima lelaki yang dikesan menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah rompakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, seorang jurujual wanita bersama bayinya berusia satu tahun didatangi lima lelaki yang memakai jaket berlogo polis ketika berada di rumahnya di Jalan Kenanga, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia