Harian Metro

ANAK MAN KIDAL DIDAKWA

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

 Dituduh bersama 2 lagi salah guna harta syarikat pelaburan

Anak dan menantu pemuzik serta komposer Man Kidal dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menyalahgu­nakan harta milik sebuah syarikat pelaburan, tahun lalu.

Mohd Shefflee Rahman, 33, dan isterinya, Shireen Amani Lucia Lerang, 30, bersama Amirullah Basarullah, 49, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Ketiga-tiga mereka didakwa secara berasingan menyalahgu­nakan harta seorang juruteknik, Mohd Shahrizal Mohamad Jaapar, 37, iaitu wang tunai RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat Global Tijari Industries Sdn Bhd di Jalan Klang, Puchong, dekat sini, jam 6.02 pagi, 27 Jun 2016.

Global Tijari milik Shireen Amani Lucia dan Amirullah manakala Mohd Shefflee pengarah syarikat itu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali manakala semua tertuduh diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff.

Mahkamah membenarka­n tiga tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia