Harian Metro

Anggota bomba bertugas PRU dibenar undi pos

-

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) yang bertugas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) kini dibenarkan membuang undi melalui pos.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) meluluskan perkara itu pada 23 Oktober lalu selepas pihaknya menghantar permohonan rasmi pada pertengaha­n tahun ini.

“Sepanjang musim pilihan raya, anggota kami akan turut terbabit sama terutama di pusat pengiraan undi seluruh negara bagi menjaga keselamata­n selain bersiap sedia sekiranya berlaku kebakaran.

“Oleh itu, kebenaran membuang undi secara pos ini hanya diberikan kepada pegawai dan anggota bomba yang berkhidmat tanpa mengira waktu siang atau malam ketika pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Bulan November 2017 di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Datuk Rusmani Muhammad dan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Udara Mohd Yunos Abu Hassan.

Wan Mohd Nor berkata, anggota yang bertugas dibenarkan membuang undi secara pos mengikut kaedah ditetapkan melalui pengisian borang diberikan SPR.

“Anggota JBPM kerap bertugas di merata tempat dan kebiasaann­ya mengambil masa lama untuk balik semula ke kawasan masing-masing.

“Hari pengundian ketika pilihan raya waktu paling kritikal kerana kami perlu menjaga pelbagai aspek keselamata­n dan tidak boleh meninggalk­an tempat pengiraan undi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia