Harian Metro

USAHA DIHARGAI

46 anak warga kerja Media Prima cemerlang dalam peperiksaa­n terima anugerah

- Asmah Rusman asmah_rusman @hmetro.com.my

Seramai 46 anak warga kerja Media Prima Berhad (Media Prima) yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n akhir tahun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu diraikan dalam Anugerah Kecemerlan­gan Akademik MPB 2016, semalam.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Tan Sri Ismee Ismail dalam ucapannya berkata, penganjura­n anugerah itu sebagai tanda sokongan pihak syarikat terhadap usaha gigih anak kakitangan mencapai kecemerlan­gan dalam akademik.

“Ia juga sebagai penghargaa­n kepada kakitangan Media Prima sendiri yang bergelar ibu bapa sehingga sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kecemerlan­gan anak masing-masing.

“Diharapkan penghargaa­n dan pencapaian ini menjadi pencetus kepada semua penerima bagi mencapai kecemerlan­gan berterusan bukan saja untuk diri sendiri bahkan keluarga dan masyarakat,” katanya pada majlis di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini.

Dalam majlis itu, Ismee turut menyampaik­an anugerah kepada Pelajar Terbaik SPM dan Tokoh Pelajar bagi kategori UPSR, PT3 dan SPM.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Pelajar bagi kategori UPSR, J Preeteeba, 13, melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih kepada Media Prima atas penganuger­ahan itu.

Pelajar Sekolah Menengah Convent Kajang itu adalah anak kepada kakitangan editorial New Straits Times (NST), A Jayakumar, 47 dan suri rumah K Sugumani, 43.

Ditanya rahsia kejayaanny­a mendapat 8A, dia berkata, tiada rahsia atau formula khas yang diamalkan sebaliknya dia sentiasa fokus ketika guru mengajar di dalam kelas.

“Saya terus bertanya kepada guru bagi setiap topik yang tidak difahami manakala di rumah pula, ibu menjadi guru yang membimbing saya dalam mata pelajaran yang lemah kerana saya tidak mengambil sebarang kelas tambahan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Operasi Big Tree Outdoor, Mohamad Shukor Ariffin, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Talib dan Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Sumber Manusia Kumpulan MPB, Arzlin Redzwan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar diberi penganuger­ahan oleh Media Prima di Balai Berita NSTP, semalam.
SEBAHAGIAN pelajar diberi penganuger­ahan oleh Media Prima di Balai Berita NSTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia