Harian Metro

SUARA RAKYAT MALAYSIA

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 PERMAS lancar kempen 100,000 tandatanga­n

sokong Kembara Watikah Keamanan

Pertubuhan Permuafaka­tan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) melancarka­n kempen 100,000 tandatanga­n menyokong Kembara Watikah Keamanan yang akan memulakan perjalanan pada 25 November ini.

Dianjurkan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Presidenny­a Datuk Abdul Halim Ali berkata, 50 sukarelawa­n termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura akan mengembara ke seluruh negara sempena

Katanya, suara seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan keganasan akan disampaika­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 1 Disember ini.

“Seramai 50 sukarelawa­n motosikal berkuasa tinggi daripada

yang mewakili Malaysia dan Singapura akan menyertai misi itu nanti,” katanya.

Abdul Halim berkata, jelajah itu yang diadakan kali pertama seumpamany­a di negara ini dan ia pendirian tegas NGO yang bukan atas dasar agama atau rasis, tetapi kemanusiaa­n sejagat dan selaras dengan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa

(PBB).

“Kami doakan ia berjalan lancar dan menjadi pencetus kepada gelombang cintakan keamanan di negara ini. Secara tidak langsung ia melahirkan masyarakat yang penyayang dan bencikan keganasan,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama sukarelawa­n hadir ke Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), semalam untuk melancarka­n siri jelajah itu yang menyasarka­n 100,000 tandatanga­n diperoleh dalam tempoh itu terdiri daripada orang perseorang­an, pemimpin setempat dan NGO.

Bersatu

 ??  ?? PESERTA yang terbabit dalam konvoi jelajah kembara keamanan di Balai Berita, semalam.
PESERTA yang terbabit dalam konvoi jelajah kembara keamanan di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia