Harian Metro

MUDAH AKSES PEMBIAYAAN

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Pinjaman perumahan terus berkembang dengan kadar kelulusan lebih 70 peratus suku ketiga tahun ini

Pembiayaan kediaman dijangka terus berkembang berikutan peminjam dilihat mempunyai akses kepada sumber pinjaman terutama bagi pembeli rumah pertama.

Bagi suku ketiga 2017, kadar kelulusan pinjaman kediaman melebihi 70 peratus, manakala kadar penolakan kekal di bawah 23.3 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, kira-kira 71 peratus daripada pinjaman perumahan adalah pembeli rumah kali pertama bagi kediaman berharga di bawah RM500,000.

“Peminjam akan terus mendapat akses kepada pembiayaan di mana setakat September lalu, jumlah pinjaman perumahan terkumpul adalah RM500 bilion dan 71 peratus daripadany­a ialah pembeli rumah pertama,” katanya di taklimat media sempena pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 di sini, semalam.

Sementara itu, menerusi laporan Buletin Suku Tahunan BNM turut menyatakan kadar kelulusan pinjaman perumahan keseluruha­n kekal tinggi pada 74.2 peratus (purata tahun 2012 hingga 2016).

Pada amnya, bank hanya menolak permohonan pinjaman perumahan jika peminjam mempunyai tahap pinjaman yang tinggi dengan sejarah kredit yang lemah dan tidak mempunyai dokumen yang mencukupi untuk menyokong keupayaan membayar balik pinjaman.

Selain itu, langkah yang diperkenal­kan BNM sejak 2010 mempunyai dua tujuan khusus iaitu membendung kegiatan spekulasi yang keterlalua­n dalam pasaran perumahan dan menghalang peminjaman yang berlebihan.

Nisbah pinjaman kepada nilai maksimum sebanyak 70 peratus yang diperkenal­kan pada 2010 dikenakan hanya ke atas peminjam yang mempunyai tiga atau lebih pinjaman perumahan terkumpul.

Oleh itu, ia tidak menjejaska­n pembeli rumah kali pertama kerana mereka biasanya layak untuk LTV sehingga 95 peratus (termasuk Ansurans Gadai Janji Berkuranga­n Tempoh).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia